Popular Posts

Friday, February 18, 2011

Hanya kerana katak pandai menyanyi

hye all...

kita selalu menyalahkan katak apabila katak mula untuk meraikan kegembiraan mereka bukan? Nyata benar apabila ramai diantara kita yang tidak mampu untuk berkongsi kegembiraan mereka bersama. Sebaliknya kita marah dan pandang serong pada katak.

Hanya kerana anugerah-Nya katak hidup di bumi berbeza dengan kita. bayangkan apa pula yang akan katak akan katakan terhadap kita bila kenderaan memijak saudara katak mereka. mesti persatuan katak-katak sedunia tu marah dan keji kita kan. Maklumlah kan manusiakan ni kan banyak karenah dan segala macam ragam. dan kadang-kadang mengalahkan binatang yang paling buas kat dunia ni.

seperti tanggapan sesetenggah orang katak itu comel. buktinya ada diantara kita yang membela dan memelihara katak sebagai satu teman dan binatang kesayangan. apa?? nak bukti nya. buktinya senang jer kita manusia ada filem katak, makan katak, bedah katak semua katak ada. dan yang paling hebat kita juga percaya bahawa patung katak @ tabung yang berbentuk seperti katak membawa tuah kepada tuan punya badan kan. huhu

Perkara yang kita tidak sedar ialah katak yang sungguh comel dan tidak pernah berniat untuk mengusik makhluk lain. benarkah katak bersalah kerana menyanyi dan membuat bising.


Benarkah kita rasa terganggu dengan katak? salahkah katak diciptakan di bumi mampu memanggil hujan. apakah itu salah?? persoalan yang sama juga boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri sama ada kita ini sudah cukup sempurna untuk menyalahkan katak yang lahir dengan fizikal kelahiranya. cuba lah kita berempati dengan segalanya, kerana kita akan mendapati bahawa mungkin kita jauh lebih tak sedar diuntung dengan apa yang kita ada.. mungkin itulah yang terpaksa diterima oleh oleh katak dengan takdirnya yang dilahirkan sedemikian rupa kerana pasti ada sebab mengapa katak dianugerahkan suara-suara yang mujarapnya memanggil hujan dan berkongsikan hujan rahmat dangan kita sebagai satu makhluk tuhan....

p/s jangan sampai kena sumpah jadi katak oleh katak...

1 comments:

Unknown said...

mana beli katak tu

Post a Comment

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons