rama-rama a.k.a butterfly sememangnya seekor binatang yang sangat cantik. yup? rama-rama pelbagai warna dan jenis. macam pelangi pun ada. Bertapa besarnya impak yang ditinggalkan kepada kita selaku watak utama dalam babak ini.
Dalam kita menikmati keindahan mereka? adakah kita tahu pengorbanan yang mereka lakukan untuk mencapai puncak kegemilangan rama-rama? Kita selalunya terlepas pandang dan hanya tergoda dengan keindahan mereka. walhal mereka telah banyak berkorban setelah dilahirkan lagi.
seperti yang kita tahu, rama-rama sememangnya berasal daripada makhluk tuhan yang paling digeli bagi sesetengah manusia iaitu "seekor Ulat". Seekor ulat yang hidupnya dipandang keji bertukar indah dengan melalui satu proses yang panjang.
Seekor ulat telah bertungkus lumus untuk menjadi matang dan bergelar seekor rama-rama. Namun apa yang mereka tidak tahu? keindahan dan kecantikan yang mereka inginkan itu hanya akan membawa kepada penghujung hayat mereka. Bertapa besarnya makna keindahan bagi mereka.
Melupakan masa silam sebagai seekor ulat yang memakan apa sahaja termasuklah dedaunan, pucuk-pucuk buah. Bertukar kepada diet pemakanan madu di bunga-bungaan yang indah. Satu nikmat yang diidamkan oleh setiap Ulat di seluruh dunia.
Bila kita mengimbas kembali proses kehidupan yang dilalui seekor rama-rama rasanya keindahan yang mereka miliki adalah berbaloi untuk mereka kecapi.
Pertama butterfly lahir sebagai ulat si pemakan daun yang lahap,
Bertukar kepada kepompong yang hidupnya hanya terkurung bagai mayat hidup,
Akhirnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Bertukar kepada kepompong yang hidupnya hanya terkurung bagai mayat hidup,
Akhirnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Jadi the moral of the story nie------
-janganlah kita mengambil mudah untuk mengejar keindahan dan kejayaan yang kita inginkan. sedangkan rama-rama sanggup mengorbankan hidupnya hanya untuk keindahan yang sementara. Begitu besar pengorbanan mereka yang perlu kita ambil ikhtibar dan pedoman untuk menjalani kehidupan kita yang mungkin panjang, dan mungkin pendak. tetapi apa yang pasti kehidupan itu hanyalah sementara-

1 comments:
peh, nice shot. pakai lens apa?
Post a Comment