Assalamualaikum...
Apa khabar dan selamat sejahtera semua....
MInggu ni adeknan nak share kan sedikit sebanyak keterujaan adeknan..
sebenarnya adeknan sedikit teruja untuk bersuka ria di karnival REGATTA SIBUTI 2011 yang sudah mula kemeriahannya terasa sejak semalam lagi....
Mercu Tanda Pekan Bekenu, Miri Sarawak, kelapa sawit terbesar di Dunia |
Masih ramai yang tidak mengerti apakah itu regatta. actually regatta merupakan acara yang diraikan di kebanyakan tempat di Negeri Sarawak seperti di Sibuti, Marudi dan banyak tempat lagi, atau lebih dikenali sebagai karnival yang diraikan di Sarawak.... especially di kawasan yang mempunyai sungai-sungai yang pernah menjadi nadi penghubung penempatan penduduk Sarawak dan kini menjadi nadi kepada Regatta itu sendiri..
Antara bentuk acara yang dijalankan adalah seperti...
1. Lumba Bot berkuasa TINGGI.
Untuk acara nih, setiap kampung ataupun setiap daerah yang berhampiran akan menghantar wakil masing-masing. untuk merebut gelaran juara. terdapat pelbagai corak dan reka bentuk yang sangat menarik bagi mengambarkan semangat dan ciri kampung atau komuniti yang diwakili akan menjanjikan keterujaan dikalangan penonton dan gunakan peserta yang hadir.
2. Lumba Perahu.
acara ni, akalau tak silap adeknan ada 3 kategori, kategori lelaki, kategori perempuan dan kategori campuran. Setiap perahu melibatkan 8 orang pendayung yang akan mendayung sejauh lebih kurang 500meter di dalam trek yang disediakan.
3. Lain-Lain Acara.
antaranya ialah, karaoke bintang sibuti, pertandingan ratu regatta pun ada, sukan rakyat dan macam-macam lagi.
Perahu Unik (kecil) dan Perahu Lumba yang digunakan untuk acara Lumba Perahu |
Apa yang pasti ramai yang sudah exited nak tengok team kampung masing-masing beraksi. tidak ketinggalan TEAM kampung Tiris juga menghantar team yang kental untuk lumba perahu.. hahahaa bak pantun orang Kedayan....
" "
Anik-anik daun jalayan,
Sungguhnya anik pembungkus nasi,
Walaupun anik orang kedayan,
Sungguhnya anik beranii mati.
" "
So apa kata kita beramai-ramai pergi memeriahkan sambutan regatta sibuti 2011 pada 17 hingga 20/11/2011 di water Front esplanade Bekenu... Karnival Jualan kraff/makanan/minuman/dan banyak lagi menanti anda....
Cerita TammaT
4 comments:
mesti best sekali sekala pergi tempat org.. belajar adat orang.. bercampur gaur ngan masyarakat laen.. ngan cara dorang *senyum
Senyum2 kembali~....
Setelah 10 tahun perayaan ini dilupakan.. ianya soalah2 menjadi nafas baru kepada BEKENU
kmk pun ada ke sia tadik :))
yei~~~~`
Post a Comment