Popular Posts

Monday, November 29, 2010

ternyata belom bersedia.~


Untuk entry kali ni buat muhasabah diri sendiri
hehehehe

Malam ni aku bikin panas sepanas air mendidih 110 darjah celcius Tapi bukan panas disebabkan Coffee aku ni tai sebab kelekaan sendiri. khayal sehari mencari jawapan yang tak pasti... eh-eh hampir lupa plak nak bagi tahu, hari ni abang saudara a.k.a sepupu adeknan hantar rombongan meminang.

S1. meminang siapa??
J1: meminang Siapa lagi AWEKS dia ar...siapa lagi MANGKUK.....

mak jap...tersasar plak.. back to the point. rumusannya aku amat down skg ni. huhuhuhuhu bukan sebab xdapt. tapi sebab diri adeknan sendiri sebab tak ambil care (org puteh cakap) dengan keadaan dan keperluan semasa huhuhuhu....so atas sebab ni aku mengishtiharkan darurat esok satu bilik nih...hahahaha


nyata engkau belum sedia untuk semua ini kan.
Leka sangat dengan keputusan penentuan yang diragu-ragukan
...akhirnya yang dikejar tak dapat yang diharapkan lagilah jauh...
itu lah jadinya kalau dilayan sangat kebingunggan tentang perkara kecil
semuanya tak menjadi untuk kali ini.

agak-agak bilalah aku mula sedar nih
agak susah jugak kalau sudah berhadapan dengan situasi macam ni
so lain kali
seandainya ada peluang seperti ini lagi
aku janji
aku takkan sia-siakanya
aku sumpah akan berusaha sepenuhnya
meningkatkan komitmen aku
x ingin lagi dibelenggu dalam membuat pilihan.

aku mungkin lupa
kata-kata yang aku sering gunakan
itulah terjadi bila berhadapan dengan sesuatu yang amat penting dalam hidup
"apa-apa lepas ni aku tempuh sahaja"
dengan kudrat dan tawakal and

.....Semuanyalah JANJI AKU BAHAGIA.....

yang penting esok tak jadi. kalau jadi pon...itu namanya memang DILUAR TABII MANUSIA NORMAL @ boleh dianggap GILLA a.k.a "SOT"

Sunday, November 28, 2010

Kekal begini~tukar cerita



kekal dalam keadaan sebegini. maintain jer pusing-pusing kepala otak aku nih.. kalau pening sebab sakit kepala tu boleh diterima lagi alasan tu. tapi kalau yang adeknan dapat nih...?? ishk2 susah de' nak memikirkannya pun adeknnan dh malas sangat dah. tapi masalahnya adeknan x buleh buang dari kepala otak binatang tu....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
benci...

Xpa kita tukar cerita jer.
Kite cerita tentang berita gembira plak......ihihihi


"Apa yang menariknya belajar di peringkat tinggi"

bagi adeknan apa yang paling menarik adalah bertemu dah bersahabat dengan rakan-rakan AT45 yang sememangnya macam keluarga kat sini. kenangan termanis dan paling mengujakan bila mengenali semua rakan-rakan di UPSI ni terutamanya. semasa belajar di U jugaklah adeknan banyak mendewasakan diri, hidup lebih bebas dari cengkaman peraturan. maklumlah kan adekan selama ini duduk di sekolah berasrama harian. so bermaksud selama 7 tahun adeknan duduk di hostel a.k.a asarama yang penuh dengan aturan dan larangan.

inilah kenikmatan sebenar yang adeknan inginkan iaitu, jalan-jalan cari kenangan. paling best kawan-kawa semuanya sporting apabila banyak memabawa adeknan turut serta dalam apa jua ekspedisi yang mereka anjurkan..

S.3. Adakah anda ingin melanjutkan pelajaran..?

iye lee... kalau ditanya tentang keinginan melanjutkan pelajaran ni, adeknan memang teringin sangat nak belajar lagi. melangkah lebih jauh kehadapan untuk mengapai apa yang sememangnya diimpikan. bukan senang adeknan hendak mengapai apa yang adeknan inginkan sebenarnya. tahapnya terlalu sukar dan mungkin kadang-kadang masuk tahap gaban hahahahaha

S.4. Apakah impian Adeknan...??

hahahaha....ini soalan sukar ko tanya nih, tapi tak mengapa sebab jawapannya mudah jer pon. yes,,jawapannya saya nak mencapai apa sahaja yang membolehkan adeknan melangkah satu tapak kehadapan. adeknan sentiasa mempunyai keinginan untuk melangkah jauh kehadapan.

s.4. Untuk yang spesifik....

ko ni kan sengaja jer nk korek taik hidung masin aku.!! seganlah nak cakap, nanti orang lain mengata apa plak....huhuhuhuhu....a'aaah sudah nk merajuklah tu.... eye lh2 aku jawab. tuk impian yag betul-betul adeknan inginkan sebenarnya untuk menjadi PENSYARAH. hahaha mengarut+mengait+merepek+merapu=tapi inilah satu-satunya yang adeknan benar-benar inginkan. nak tau apa sebabnya. ini sebabnya:-

masa kat sekolah dulu di tingkatan 4 baru adeknan sedar akan masa depan. disitu bermulanya adeknan menetapkan matlamat masa depan adeknan tatkala jalanya yang sudah sempit. adeknan tidak berpeluang untuk mencapai cita-cita menjadi akauntan (tapi sekolah tak menawarkan subjek perakuanan=melepas), cita-cita menjadi pengurus kewangan (sek tak menawarkan subjek ekonomi tingkatan 6), nak jadi pegawai arkitek (pun terlabat sudah-sbb adeknan masuk kelas sastera+eko) huhuuhuhu

cuma tinggal dua sahaja cita-cita yang masih ada dihadapan adeknan iaitu jadi cikgu, dan tenaga pengajar siswa. tetapi ternyata yang kedua tu masih agak jauh untuk adeknan. Tapi itulah keinginan sebenar adeknan, bukanya tidak berminat menjadi cikgu. cuma itulah yang benar-benar ada dalam hati adeknan selama ini dari dahulu dan sekarang. perlukah adeknan mengkuburken keinginan itu suatu hari nanti kerana bila adeknan menilai diri dan status kelayakan adeknan ni lah rasanya{mcm x buleh seumur hidup jernak bernyawa pun susah nak mati pun x boleh} memang sukar kan.

S.5. Tapi kenapa adeknan memohon bidang pendidikan wlwpun adeknan tahu ingin jadi pensyarah..??
adik.. adek kena tahu adeknan ni bukanya lahir sebagai anak Datuk @ Dato', tapi adeknan lahir jer bergelar anak Bapak + Mak = petani (Bonus) lagi spesial dari adek-adek semua. So Mak, Ayah, Kakak, Kakak, Kakak dan Abang Ipar ingin sangat salah sorang daripada keluarga mereka jadi Cikgu bertauliah. maklumlahkan masa tu kakak1 dan kakak2 hanya mampu jadi cikgu sandaran sahaja. so Famili adeknan ni nak lah adeknan jadi cikgu, tambahan plak masa tu diorang nampak yang adeknan bersungguh-sungguh belajar dan akhirnya mencatatkan rekod keluarga dan rekod sekolah dapat keputusan cemerlang STPM selepas dianggap tiada harapan oleh cikgu sekolah dan orang kampung pun TERCENGANG!!!!!!!......so adeknan hanya mensruskan kehidupan lah sekarang ni mengikut aturan.

tapi baru-baru ni, adeknan melihat ada peluang yang samar-samar untuk mecapai cita-cita adeknan yang mungkin boleh dan mungkin tidak.


Adek: so sampai disini sahaja upacara melepaskan meluahkan apa yang telah diluahkan adeknan buat edisi terbitan 28 Nov 2010. apa yang boleh kita simpulkan kat sini,,,??? bukannya simpul tali kasut_tapi adeknan sebenarnya tahu apa yang dia inginkan dan dia sungguh inginkannya.


ok
-tamat-
by adeknan

Saturday, November 27, 2010

Macam-macam rasa

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua....

salam satu malaysia erk........
dalam dua tiga hari ni perasaan adeknan ada rasa yang bermacam-macam, ala-ala bertemakan menu ikan siakap 3 rasa jer.....{bikin kacau dalam hati} kesnya bermula bila aku bukak protal...tang tara,,,, Iklan Untuk menjadi P_ _ _ Y_R_ _. Full berpeluh aku termenung tercengang dan terkangkang. Naseb baik x tersodok skali... Ini lah something yang betul-betul yang diinginkan dan diimpikan selama ni. bia' pa org nk cakap.

..a'aah nak mengata lah tu..... tak baik tau.. aku tau lah aku ni jahat sikit.....
sudahlah kalau x suka baca tekan jer tanda pangkah kat atas sebelah kanan tu jer.....

Ishk3..... :-(
benda ni buat wa kacau lah....x senang kepala otak walaupun dah lepas exam...huhuhu

_ Ishk kacau_
adeknan sambung balik lah....ok2...

Dengan hanya mengikut hati aku yg memang slalu main suka hati ni, so aku try pon apply resume dulu.. kakakaka copy past jer....hahaha

Tapi selepas jer dah resume tu di hantar oleh deliveryman aku ni,,, hati dh berkocak-kocak plak. Macam air kotak yang dikocak sebelum minum @ mcm main air lopak...... nampak macam sedap, tapi x sedap mana pun. ni ade 2 watak yang lagi membigitkan kepala otak wa 2, 3 hari ni.

1. "iyekeee...???????" kate xda peluang DOM
2. "iyeLEEEEEEEEE????????" plak kate ade leee (1/1000)

Iyelee: dah tu impian kita kan nak buat macam mana. tapi sayang ar,,,??????
Iyekee: apersal plak iyelee????
Iyelee: Iyelee pasal "KUALI pikation" punya pasal lo Iyekeeeeeee,,????? aku nak masak pon x menjadi....
Iyekee: iyekeeeeee????????????
IyeKee: apa kelayakan yg diperlukan iyekee.....
Iyelee: banyak dia nak semuanya Ijazah High class mcm engineering, account, gan law. langsung xda berkaitan gan entrepreneurship and commerce yang adeknan ada tu
Iyekee: O'OOooooooh.....Iyekeeeeeeeeeeeeee?????????????

hahahaha bodoh betul!!!


so apa pendapat korang.
siapa yang betul...????
adakah anda bersetuju dengan iyekee..@ bersetuju dengan iyelee...???
so apa lagi komen n Undi lah.. undian anda tidak dikenakan sebarang cukai/kredit..

cara mengundi...
Taipkan UNDI<>nama watak cth Iyelee@Iyekee>



Sunday, November 21, 2010

Nota Kaedah penyelidikan Pendidikan~













Asalammualaikum dan salam sejahtera...

kali ni adeknan x nk tulis benda yg x berfaedah seperti selalu. tetapi kali ini adeknan nak mengulangkaji sambil berblog....hhahahaha maklumlah kan musim BERPERANG minda sudah mula-----



a) Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan penyelidikan:-
  1. masa
  2. ketepatan maklumat
  3. kaedah membuat keputusan
  4. keuntungan vs kos (perbandingan
  5. Sensitiviti/kebolehpercayaan maklumat


b)
Ciri-ciri penyelidikan santifik [ 4+4]
  1. Tujuan - mpunyai tujuan yg ingin dicapai
  2. Objektif *bebas dr bias
  3. Testability-Boleh diuji-
  4. Geralibility - kebolehterimaan
  5. Ketepatan *dptn kajian yg setepat mungkin dgn anggaran
  6. Kepastian/ketelitian - di sokong O ltrblg pengkaji
  7. Parstimony (cermat) *pembolehubah yg sederhana Max 5 jer
  8. Peniruan *klw sama gan kajian lain tu baik


c) langkah dlm proses penyelidikan [1 to 5]
  1. Kenalpasti Masalah
  2. MerekaBentuk penyelidikan
  3. M'gumpulkan data penyelidikan
  4. M'Analisis & Enterpreting data penyelidikan
  5. Menulis Laporan akhir gan pembentangan
d) Kesahan (validity)
kesahan merupakan ukuran ketepatan sesuatu ukuran. kesahan digunakan bertujuan bagi memastikan semua ciri yang harus ada dalam konsep diukur
Kesahan mempunyai dua jenis iaitu [3-1=2] i.kesahan dalaman ii. Kesahan Luaran


e) Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merupakan suatu ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengukur permasalahan (pemboleh ubah) secara konsisten setiap kali ia digunakan.

Tujuannya
-adalah untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberi jawaoan yang sama ataupun tidak apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama pd populasi yg sama

Jenis kebolehpercayaan
[3-1=2] i. kebolehpercayaan luaran ii.kebolehpercayaan dalaman



f)
Kenapa Kajian Literature penting dalam kajian.[1 to 5]
  1. M'Bantu menentukan P'bolehUbah yg relevan dlm kajian
  2. M'nentukan adakah kajian seterusnya perlu dijlnkan @ x
  3. Mewujudkan Ranga teoritikal daripada kajian lepas.
  4. Bo dijadikan rujukan dlm membuat Objektif, Hipotesis, analisis data & kptsn kajian
  5. Mengenalpasti isu-isu terkini dengan lebih mudah.


g) Ciri-ciri Sorotan kajian yang baik
  1. terkini_yakni 5 tahn dan keatas sahaja
  2. mempunyai ukuran instrumen
  3. mempunyai soal selidik
  4. mempunyai konsep dan istilah yang tepat
  5. berbentuk impirikal
  6. menggunakan kaedh analisis data yang lepas.

h) Bab 9 - Persampelan

Konsep
- sampel=satu kump kecil yg dipilih mewakili satu kelompok peduduk yg lebih ramai yang digunakan dlm membuat keputusan bagi keseluruhan penduduk, digunakan dgn tepat/diuji terlebih dahulu.

Kategori persampelan
  1. persampelan Rawak
  2. persampelan BUKAN rawak

Persampelan RAWAK

Persampelan BUKAN Rawak

1. Persampelan RAWAK Mudah

Sampel dipilih dpd populasi secara rawak sehingga setiap ahli dlm 1 kump mempunyai peluang yg sama untuk dipilih.

Kelebihan_Jika sampel saiz besar-kaedah ini kaedah yg terbaik bg mndtpkn sampel yg representif semakin besar sampe semakin besar kemungkinan mewakili penduduk.

Kekurangan._sukar menjalankan sampling, kaedah ini x menjamin bhw subkelompok yg djadikan sampel dlm populasi yg sama.

1.Persampelan Mudah

Sampel diambil daripada pihak ke2 yang dekat dan boleh dipercayai.

Cth_pemberitahuan maklumat dari teman dan jiran tetangga._tanggapan masalah umum spt siaran berita.

Kelebihan_Mungkin yg paling murah @ terpantas utk mendapatkan sejumlah besar tanggapan.

Kelemahan_mudah salah maklumat

2.Pesampelan Berstrata

Sampel dipilih sehingga mengikut karakteristik tertentu sampel dlm 1 populasi yg sama. Cth mengikut jantina sampel

Kelebihan_ meningkatkan kemungkinan perwakilan, terutamanya apabila jika saiz sampel kecil

Kelemahan_ memerlukan lebih usaha semasa menjalankan penyelidikan a.k.a Leceh.

2. Persampelan Bola Sajli (snow Ball)

Persampelan ini melibatkan pelbagai prosedur. Responden dipilih dengan kaedah kebarangkalian. Manakala respondenn tambahan diperoleh melalui maklumat yg diberikan oleh responden yg tadi(sebelum ini)

3. Persampelan sistematik

Dlm pendekatan ini setiap elemen penduduk adalah sampel [bermula dari 1-N]

Elemen dibahagikan mengikut saiz penduduk bg mndptkan pola dlm persampelan kajian.

3. Persampelan Pertimbangan Nilai.

Berlaku apabila penyelidik memilih ahli sampel untuk memnuhi beberapa criteria. eg, dlm mengenalpasti masalah tenaga kerja-kita ingin berbicara hanya dengan mereka yg mengalami diskriminasi tentang masalah mereka.

penyelidik akan memilih sampel berdasrkan penilaian tentang beberapa ciri yg diperlukan.

4. Persampelan Kawasan

Sampel dipilih berdasarkan kawasan dan kedudukan geografi penduduk(sampel)

Lebih berkesan untuk sampel yg besar(cth banci penduduk) lebih mudah dan efisien digunakan di sekolah.

Kelemahan_Ada kemungkinan sampel yg dipilih x mewakili penduduk (buat sakit hati jer)

4. Persampelan Kuota.

Persampelan ini digunakan untuk meningkatkan perwakilan sempurna. Logic merupakan asas kepada kajian ini dijalankan.

Kuota disediakan awal oleh penyelidik tentang sampel yg dipilih.

5.PersampelanMultistage berperingkat )

Merupakan kombinasi 2 @ > teknik persampelan rawak.

Melibatkan penggunaan kombinasi teknik teknik persampelan rawak yg lain.

Kadang2 lebih mudah dan lebih ekonomi bagi digunakan & diaplikasikan.




Bersambung.......tunggu....



Friday, November 19, 2010

Used Somebody

asalamualaikum dan salam sejahtera semua.....

hari ini adeknan nak cerita sikit pasal persiapan nak menghadapi final exam kat UPSI ni.... alangkah bagusnya kalau kita boleh buat macam yang lagu ni cakap kan.......I Can Used Somebody.....huhhuhuu


apa apa pun mari kita layan lagu ni--


used somebody by kings of leon

I've been roaming around
i was looking down at all i see
painting faces, building places i can't reach

you know that i could use somebody
you know that i could use somebody
someone like you

and all you know
and how you speak
countless lovers undercover of the street

you know that i could use somebody
you know that i could use somebody
someone like you

off in the night,
why'd you live it up?
-i'm off to sleep
waging war
to shake the cold(?)
---?

i hope it's going to make you notice
i hope it's going to make you notice
someone like me
someone like me
someone like me

somebody

(i'm waiting)

someone like you
somebody
someone like you
somebody
someone like you
somebody

i've been running around
i was looking down at all i see 

kings of leon is an American rock band that formed in Mt. Juliet, Tennessee in 1999, consisting of brothers Anthony Caleb Followill (lead vocals, rhythm guitar), Ivan Nathan Followill (drums, percussion, backing vocals) and Michael Jared Followill (bass, backing vocals), with their cousin Cameron Matthew Followill (lead guitar, backing vocals).

Thursday, November 18, 2010

kerja seharian-berbaloi @ tidak

{gambar paling cantik masa aku tenggah sakit kepala}

          Hasil daripada usaha keras adeknan akhirnya berjaya mengiditkan template untuk blog adeknan sepenuhnya...puas hati adeknan dengan kerja ni...walaupun banyak study adeknan yang tertangguh disebabkan blog ni. adeknan rasa macam menyesal pulak kadang-kadang. tapi x pa adeknan akan all out lepas ni. adeknan janji akan study sebaik yang mungkin dan get an A on the subject. 

1. Mula-mula adeknan nak makan sampai kenyang.
2. Minum sampai hilang dahaga.
3. Susun semula Nota yang ada..
4. Switch Off my Labtop.
5. No Blogger or editing Blog for today anymore
6. No Facebook or Farmville or poker Zyinga
7. Study untill mid Night

--- -----{ usaha tangga kejayaan }---- ---

Ucapan Selamat berhari Raya

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.. pada kesempatan pada kali ini-adeknan nk ucapkan selamat berhari raya kepada semua rakan taulan, keluarga, sanak saudara dan semua umat islam yang merayakan hari raya korban di mana juga anda berada.....

pesanan kepada rakan-rakan yang bercuti tu...jangan lupa jenguk-jenguklah Facebook, mana lah tau ada rakan-rakan lain yang ingin kongsikan nota sempena menghadapi pepereksaan terakhir di UPSI setelah 7 sem berjuang di sini.....kepada rakan-rakan yang telah sharekan nota masing-masing terima kasih diucapkan.. insyaallah adeknan pun akan kongsikan nota ringkas yang adeknan buat selama ini. tapi kena tunggu sikit lah sebab adeknan dalam proses menerbitkan nota adeknan.. kepada kedua ibu dan bapa{my parents Mr.Bali adn Mrs. Mastura} I will back soon ok....don't be wory....ehem2 macam faham-faham jer bapak aku kalau dia baca ni kan...tapi tak pa mak aku terer sikit kalau bahasa inggeris ni...{kalau setakat yes, no yes no tu ehem  kacang jer} hehehehe

Too my sis and his family...I'm sorry x dapat pi kedah lo....no budget lo..and kim slm gan Anum..

Wednesday, November 17, 2010

Di Pagi Raya.....

November 17- Bersamaan dengan 10 zulhhijjah tahun 1431 Hijrah pagi Raya Korban bagi seluruh umat islam di Malaysia....alhamdulillah sekali lagi adeknan tak balik menyambut Hari Mulia ini bersama keluarga. Tapi sebaliknya adeknan sambut Hari raya Korban Tahun ni serba serbi dengan kekurangannya....Tapi apa yang penting dapat banyak ucapan Selamat Hari Raya AIdilAdha daripada rakan-rakan.....itu jerlah yang termampu. Macam biasa tiada Kad Ucapan a.k.a Kad Raya lagi, semuanya digantikan dengan alat yang lebih teknikal dan berteknologi tinggi..... Kalau di Pagi raya, Sebelum ini ni anak Buah adeknan yang comel ni akan yang akan membangunkan adeknan daripada tidur yang nyenyak sangat - Tiap-tiap kali kalau balik kampung AKMAL AZFAR ni akan tido dengan adeknan...barangkali rindu kot...maklumlah sejak kecil sudah dijaga adeknan susu pun adeknan yang buatkan, apatah lagi kalau tukar lampin....windu sama dia.....waaaaaa
Tapi Tahun ni semua ahli keluarga adeknan menyambut kemeriahan hari Raya di kampung berkumpul di satu bumbung yang pasti kecoh+heboh+bagai nak roboh rumah..begitu meriah kalau satu keluarga berkumpul di rumah bersama-sama. Tetapi adeknan dan rakan-rakan menyambutnya dengan cara kami sendiri di sini......tentatif adeknan seperti yang ada kat bawah nie:-

07.00am: cuba celikan mata {tapi tak boleh} so tido lagi
07.30am: dengar Bunyi kawan-kawan bangun{cuba baca nota sikit} Tapi Tertido lagi
09.00am: Buka mata Nak baca Nota Kaedah mengajar lagi try hafal persediaan mengajar{tertido lagi}
10.00am: Celik lagi sekali_sebab silau gan cahaya matahari....urm{Tido lagi selepas selak nota sehelai}
10.30am: Dengan Liatnya aku bangun duduk}buat-buat rajin....urm}}}}}}} malasnya nak bangun
11.++am: Mandi dengan keadaan yang amat malas [baru makan MEE MAGGIE di pagi raya]


Memang MALANG DAN MENYEDIHKAN.....Tapi nak buat macam mana dah kita duduk di perantauan. adeknan main belasah dan tempuh jer apa yang terjadi. adeknan bukannya tak ada pelan atau rancangan{adeknan cuma tak nak terlalu berharap dengan segala perancangan yang tak terjamin{coz selama ni pun apa yang adeknan rancangkan tak pernah terjadi pun....so baik adeknan lebih realistik coz Nothing Is Compare to you're Self Then you just need to be Hopeless Guys.

Monday, November 15, 2010

contoh rancangan mengajar aku----

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran                        :           Perdagangan
Tarikh / Hari                            :           21 Mac 2010 / Isnin
Tingkatan                                :           5 Ayam
Masa                                        :           11.00 pagi – 11.40 pagi
Tajuk                                       :           Unit 2.0           Insurans
Subtajuk                                  :           Unit 2.1a        Pengenalan kepada insurans dan konsep insurans                                            
                                                             Unit 2.1b        Jenis risiko
                                                            Unit 2.1c         Peranan insurans
Bilangan pelajar                      :           30 orang
Objektif                                   :           Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:               
                                                                                                                                                        i.            Menjelaskan maksud dan konsep insurans mengikut kefahaman diri
                                                                                                                                                      ii.            Menghuraikan konsep pengumpulan risiko secara ringkas
                                                                                                                                                    iii.            Mengenalpasti dan membezakan sekurang-kurangya 2 jenis  risiko
                                                                                                                                                    iv.            Mampu menyebutkan sekurang-kurangnya 3 peranan insurans

Pengetahuan sedia ada murid             :           Pelajar telah mengetahui secara asasnya apa itu insurans dan contoh insurans melalui pembacaan awal.
ABM                                       :           Buku Perdagangan SPM Tingkatan 5, laptop, LCD projektor.
Nilai murni                              :           Menghormati guru, patuh kepada arahan, berdisiplin, bertanggungjawab, bekerjasama, dan yakin
                                                            pada diri sendiri.
KBKK                                    :           Menjana idea, kefahaman, membina pengetahuan, dan membuat rumusan.



Langkah / Masa & Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Strategi / kaedah/ ABM/ Nilai / KBKK
Set induksi
(5 minit )
Permulaan
·         Guru memberi salam kepada pelajar.
·         Di permulaan kelas, Guru menarik perhatian pelajar dengan memaparkan slaid pengajaran dan tayangan video
·         Guru menyuruh pelajar meneka apakah kaitan tayangan video dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
·         Guru menjelaskan bahawa video tadi adalah berkisahkan suatu  keadaan yang menjelaskan bahawa keadaan yang mendorong kepada perlunya seseoran itu melanggan insurans.
·         oleh itu, guru memperkatakan bahawa tajuk pengajaran pada hari ini ialah insurans yang merupakan bab 2 dalam mata pelajaran perdagangan tingkatan 5.
·      Pelajar menjawab salam guru.
·      Pelajar telah duduk dengan selesa di tempat masing-masing. Pelajar dengan teliti memerhatikan slaid di skrin tayangan.
·      Pelajar meneka keadaan perihal tayangan video tadi.
·      Pelajar memerhati dengan penuh teliti dan memberi mendengar  penerangan guru tentang kaitan tayangan video dan tajuk pengajaran.
Strategi :
Berpusatkan pelajar dan bahan paparan
Kaedah :
Mendengar dan Soal jawab
ABM :
Paparan slaid powerpoint
Nilai :
Menghormati guru, patuh pada arahan, teliti dan berkeyakinan.
KBKK :
Pelajar telah menjana idea dan mendapat gambaran awal tentang tajuk pengajaran.
Langkah 1
1.   (10 minit) Pengenalan insurans
2.   Konsep insurans dan konsep pengumpulan risiko
Jenis risiko
·         Guru memulakan tajuk pengajaran dengan menerangkan dan menjelaskan tentang insurans melalui paparan slaid powerpoint.
·         Guru memberikan contoh-contoh untuk manambahkan tahap kefahaman pelajar.
·         Guru menjelaskan kepada pelajar tentang konsep insurans  dan konsep pengumpulan risiko yang perlu untuk difahami oleh pelajar melalui paparan slaid.
·         Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang faham dengan penerangan guru tadi.
·         Setelah itu, guru meneruskan pengajaran dengan slaid yang berikutnya iaitu guru menerangkan pula berkenaan dengan subtajuk jenis risiko yang mana terdapat dua jenis risiko. Iaitu risiko yang boleh diinsuranskan dan tidak boleh diinsuranskan.
·         Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambar-gambar berkenaan jenis-jenis risiko.
·         Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya apa yang mereka tidak faham mengenai jenis-jenis risiko tersebut.
·      Pelajar mula memberikan perhatian kepada penerangan guru.
·      Pelajar mendengar dengan penuh teliti bagi setiap penerangan guru dan focus kepada paparan slaid yang dipaparkan oleh guru.
·      Pelajar mula menunjukkan respon kepada guru dengan kemukakan contoh-contoh yang ada di fikiran mereka.
·      Seterusnya pelajar memberi perhatian dengan penjelasan guru berkaitan jenis-jenis risiko.
·      Pelajar cuba membezakan kedua-dua jenis risiko yang dijelaskan oleh guru.
·      Pelajar begitu tertarik dengan paparan slaid tersebut sehinggakan mereka kelihatan memberi sepenuh perhatian.
·      Pelajar boleh bertanya sekiranya kurang faham dengan penerangan guru.
Strategi:
Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
Kaedah:
Penerangan dan soal jawab
ABM:
Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint.
Nilai:
Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan.
KBKK:
Pelajar dapat menjana minda dengan idea-idea dan pengetahuan baru dan menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada.
Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru
Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman.
Pelajar dapat berfikir dan membentuk kefahaman.

Langkah 2
(10 minit)
Peranan insurans
·         Seterusnya, guru menerangkan tentang peranan insurans dengan paparan pada slaid yang berikutnya.
·         Guru menerangkan 3 peranan insurans kepada pelajar iaitu peranan kepada individu, peniaga dan negara.
·         Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambar-gambar berkenaan peranan risiko tersebut.
·         Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang jelas dengan peranan-peranan insurans tersebut.
·      Pelajar memberi fokus pada penerangan guru mengenai peranan insurans.
·      Pelajar cuba memahami isi penting yang disampaikan oleh guru bagi setiap peranan tersebut.
·      Paparan slaid yang ditunjukkan oleh guru berjaya menarik perhatian pelajar dan membuatkan pelajar lebih fokus.
·      Pelajar mengemukakan soalan kepada guru.

Strategi:
Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan
Kaedah:
Penerangan dan soal jawab
ABM:
Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint.
Nilai:
Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan.
KBKK:
Pelajar dapat berfikir dan menjana idea berkenaan dengan peranan-peranan insurans yang berkait rapat dengan kehidupan seharian.
 Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru
Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman.

Langkah 3 Uji Minda
(10 minit)
·         Selesai sahaja penerangan guru dan menjawab persoalan pelajar, guru terus kepada soalan kuiz bagi menguji tahap pemahaman pelajar.
·         Pada paparan slaid seterusnya, guru memaparkan kuiz uji minda dengan mempamerkan peta Malaysia yang mana mewakili 5 syarikat insurans di malaysia.
·         guru bertanya pelajar sama ada mereka pernah lihat atau tidak gambar-gambar berkenaan syarikat insurans tersebut.
·         Pada setiap gambar syarikat insurans tersebut, terdapat butang yang akan membawa pelajar kepada soalan yang mesti di jawab oleh pelajar. Maknanya terdapat 5 soalan yang mesti dijawab oleh pelajar.
·         Soalan yang dikemukakan itu ada perkaitan antara syarikat insurans tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
·         Secara tidak langsung pelajar akan mengetahui maklumat berkaitan dengan syarikat insurans dan juga memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang tajuk pengajaran.
·           Pelajar mendengar arahan guru dengan teliti.
·           Pelajar begitu bersemangat untuk memulakan soalan kuiz ini.
·           Pelajar mula bersuara apabila melihat paparan permulaan slaid uji minda ini dengan tayangan peta Malaysia dan gambar syarikat insurans.
·           Pelajar menyatakan mereka pernah lihat gambar syarikat insurans ini tetapi kurang mengetahui tentang syarikat tersebut.
·           Pelajar mulakan soalan kuiz dengan memilih butang pertama pada gambar syarikat insurans yang pertama.
·           Pelajar membaca soalan yang dipaparkan dan cuba menjawab soalan tersebut.
·           Pelajar menjawab dengan teliti dan berkeyakinan sekali memilih jawapan.
·           Apabila jawapan yang dipilih itu adalah betul, akan terpapar slaid yang nyatakan ‘ tahniah, jawapan anda betul’
·           Sekiranya jawapaan yang dipilih itu salah, akan terpapar ‘salah, cuba lagi’.
·           Setelah itu, pelajar akan terus kepada gambar syarikat insurans yang seterusnnya sehingga lima soalan yang diwakili oleh gambar syarikat insurans tersebut di jawab.
Strategi:
Berpusatkan pelajar dan bahan.
Kaedah:
Soal jawab dalam kumpulan.
ABM:
Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint
Nilai:
Patuh pada arahan, teliti, bekerjasama, bertanggungjawab, jujur dan yakin pada diri sendiri.

KBKK:
Pelajar dapat lebih memahami dengan adanya soalan-soalan pengukuhan dan dapat menguji kekuatan minda pelajar.
Penutup
(5 minit)
Rumusan)
·         Apabila kesemua soalan kuiz telah selesai dijawab oleh pelajar, guru membuat rumusan keseluruhan berkenaan tajuk pengajaran pada hari ini melalui persembahan pada slaid.
·         guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.
·         Guru mengakhiri kelas dengan memberi salam kepada pelajar.
·      Pelajar mendengar dengan teliti rumusan yang diterangkan oleh guru.
·      Pelajar secara keseluruhannya telah memperoleh ilmu yang sepatutnya dari pengajaran pada hari ini dan paparan slaid yang dapat menarik perhatian pelar untuk terus focus.
·      Pelajar menjawan salam guru.
Strategi:
Berpusatkan  guru dan pelajar.
Kaedah:
Perbincangan.
Nilai:
Patuh pada arahan dan menghormati guru.
KBKK:
Menguji kefahaman.


Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons