Mata Pelajaran : Perdagangan
Tarikh / Hari : 21 Mac 2010 / Isnin
Tingkatan : 5 Ayam
Masa : 11.00 pagi – 11.40 pagi
Tajuk : Unit 2.0 Insurans
Subtajuk : Unit 2.1a Pengenalan kepada insurans dan konsep insurans
Unit 2.1b Jenis risiko
Unit 2.1c Peranan insurans
Bilangan pelajar : 30 orang
Objektif : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i. Menjelaskan maksud dan konsep insurans mengikut kefahaman diri
ii. Menghuraikan konsep pengumpulan risiko secara ringkas
iii. Mengenalpasti dan membezakan sekurang-kurangya 2 jenis risiko
iv. Mampu menyebutkan sekurang-kurangnya 3 peranan insurans
Pengetahuan sedia ada murid : Pelajar telah mengetahui secara asasnya apa itu insurans dan contoh insurans melalui pembacaan awal.
ABM : Buku Perdagangan SPM Tingkatan 5, laptop, LCD projektor.
Nilai murni : Menghormati guru, patuh kepada arahan, berdisiplin, bertanggungjawab, bekerjasama, dan yakin
pada diri sendiri.
KBKK : Menjana idea, kefahaman, membina pengetahuan, dan membuat rumusan.
Langkah / Masa & Isi kandungan | Aktiviti Guru | Aktiviti Pelajar | Strategi / kaedah/ ABM/ Nilai / KBKK |
Set induksi (5 minit ) Permulaan | · Guru memberi salam kepada pelajar. · Di permulaan kelas, Guru menarik perhatian pelajar dengan memaparkan slaid pengajaran dan tayangan video · Guru menyuruh pelajar meneka apakah kaitan tayangan video dengan tajuk pengajaran pada hari ini. · Guru menjelaskan bahawa video tadi adalah berkisahkan suatu keadaan yang menjelaskan bahawa keadaan yang mendorong kepada perlunya seseoran itu melanggan insurans. · oleh itu, guru memperkatakan bahawa tajuk pengajaran pada hari ini ialah insurans yang merupakan bab 2 dalam mata pelajaran perdagangan tingkatan 5. | · Pelajar menjawab salam guru. · Pelajar telah duduk dengan selesa di tempat masing-masing. Pelajar dengan teliti memerhatikan slaid di skrin tayangan. · Pelajar meneka keadaan perihal tayangan video tadi. · Pelajar memerhati dengan penuh teliti dan memberi mendengar penerangan guru tentang kaitan tayangan video dan tajuk pengajaran. | Strategi : Berpusatkan pelajar dan bahan paparan Kaedah : Mendengar dan Soal jawab ABM : Paparan slaid powerpoint Nilai : Menghormati guru, patuh pada arahan, teliti dan berkeyakinan. KBKK : Pelajar telah menjana idea dan mendapat gambaran awal tentang tajuk pengajaran. |
Langkah 1 1. (10 minit) Pengenalan insurans 2. Konsep insurans dan konsep pengumpulan risiko Jenis risiko | · Guru memulakan tajuk pengajaran dengan menerangkan dan menjelaskan tentang insurans melalui paparan slaid powerpoint. · Guru memberikan contoh-contoh untuk manambahkan tahap kefahaman pelajar. · Guru menjelaskan kepada pelajar tentang konsep insurans dan konsep pengumpulan risiko yang perlu untuk difahami oleh pelajar melalui paparan slaid. · Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang faham dengan penerangan guru tadi. · Setelah itu, guru meneruskan pengajaran dengan slaid yang berikutnya iaitu guru menerangkan pula berkenaan dengan subtajuk jenis risiko yang mana terdapat dua jenis risiko. Iaitu risiko yang boleh diinsuranskan dan tidak boleh diinsuranskan. · Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambar-gambar berkenaan jenis-jenis risiko. · Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya apa yang mereka tidak faham mengenai jenis-jenis risiko tersebut. | · Pelajar mula memberikan perhatian kepada penerangan guru. · Pelajar mendengar dengan penuh teliti bagi setiap penerangan guru dan focus kepada paparan slaid yang dipaparkan oleh guru. · Pelajar mula menunjukkan respon kepada guru dengan kemukakan contoh-contoh yang ada di fikiran mereka. · Seterusnya pelajar memberi perhatian dengan penjelasan guru berkaitan jenis-jenis risiko. · Pelajar cuba membezakan kedua-dua jenis risiko yang dijelaskan oleh guru. · Pelajar begitu tertarik dengan paparan slaid tersebut sehinggakan mereka kelihatan memberi sepenuh perhatian. · Pelajar boleh bertanya sekiranya kurang faham dengan penerangan guru. | Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan Kaedah: Penerangan dan soal jawab ABM: Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint. Nilai: Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan. KBKK: Pelajar dapat menjana minda dengan idea-idea dan pengetahuan baru dan menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman. Pelajar dapat berfikir dan membentuk kefahaman. |
Langkah 2 (10 minit) Peranan insurans | · Seterusnya, guru menerangkan tentang peranan insurans dengan paparan pada slaid yang berikutnya. · Guru menerangkan 3 peranan insurans kepada pelajar iaitu peranan kepada individu, peniaga dan negara. · Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambar-gambar berkenaan peranan risiko tersebut. · Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang jelas dengan peranan-peranan insurans tersebut. | · Pelajar memberi fokus pada penerangan guru mengenai peranan insurans. · Pelajar cuba memahami isi penting yang disampaikan oleh guru bagi setiap peranan tersebut. · Paparan slaid yang ditunjukkan oleh guru berjaya menarik perhatian pelajar dan membuatkan pelajar lebih fokus. · Pelajar mengemukakan soalan kepada guru. | Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan Kaedah: Penerangan dan soal jawab ABM: Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint. Nilai: Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan. KBKK: Pelajar dapat berfikir dan menjana idea berkenaan dengan peranan-peranan insurans yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman. |
Langkah 3 Uji Minda (10 minit) | · Selesai sahaja penerangan guru dan menjawab persoalan pelajar, guru terus kepada soalan kuiz bagi menguji tahap pemahaman pelajar. · Pada paparan slaid seterusnya, guru memaparkan kuiz uji minda dengan mempamerkan peta Malaysia yang mana mewakili 5 syarikat insurans di malaysia. · guru bertanya pelajar sama ada mereka pernah lihat atau tidak gambar-gambar berkenaan syarikat insurans tersebut. · Pada setiap gambar syarikat insurans tersebut, terdapat butang yang akan membawa pelajar kepada soalan yang mesti di jawab oleh pelajar. Maknanya terdapat 5 soalan yang mesti dijawab oleh pelajar. · Soalan yang dikemukakan itu ada perkaitan antara syarikat insurans tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari ini. · Secara tidak langsung pelajar akan mengetahui maklumat berkaitan dengan syarikat insurans dan juga memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang tajuk pengajaran. | · Pelajar mendengar arahan guru dengan teliti. · Pelajar begitu bersemangat untuk memulakan soalan kuiz ini. · Pelajar mula bersuara apabila melihat paparan permulaan slaid uji minda ini dengan tayangan peta Malaysia dan gambar syarikat insurans. · Pelajar menyatakan mereka pernah lihat gambar syarikat insurans ini tetapi kurang mengetahui tentang syarikat tersebut. · Pelajar mulakan soalan kuiz dengan memilih butang pertama pada gambar syarikat insurans yang pertama. · Pelajar membaca soalan yang dipaparkan dan cuba menjawab soalan tersebut. · Pelajar menjawab dengan teliti dan berkeyakinan sekali memilih jawapan. · Apabila jawapan yang dipilih itu adalah betul, akan terpapar slaid yang nyatakan ‘ tahniah, jawapan anda betul’ · Sekiranya jawapaan yang dipilih itu salah, akan terpapar ‘salah, cuba lagi’. · Setelah itu, pelajar akan terus kepada gambar syarikat insurans yang seterusnnya sehingga lima soalan yang diwakili oleh gambar syarikat insurans tersebut di jawab. | Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan. Kaedah: Soal jawab dalam kumpulan. ABM: Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint Nilai: Patuh pada arahan, teliti, bekerjasama, bertanggungjawab, jujur dan yakin pada diri sendiri. KBKK: Pelajar dapat lebih memahami dengan adanya soalan-soalan pengukuhan dan dapat menguji kekuatan minda pelajar. |
Penutup (5 minit) Rumusan) | · Apabila kesemua soalan kuiz telah selesai dijawab oleh pelajar, guru membuat rumusan keseluruhan berkenaan tajuk pengajaran pada hari ini melalui persembahan pada slaid. · guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini. · Guru mengakhiri kelas dengan memberi salam kepada pelajar. | · Pelajar mendengar dengan teliti rumusan yang diterangkan oleh guru. · Pelajar secara keseluruhannya telah memperoleh ilmu yang sepatutnya dari pengajaran pada hari ini dan paparan slaid yang dapat menarik perhatian pelar untuk terus focus. · Pelajar menjawan salam guru. | Strategi: Berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah: Perbincangan. Nilai: Patuh pada arahan dan menghormati guru. KBKK: Menguji kefahaman. |
0 comments:
Post a Comment