Kelamunting merupakan sebuah pokok liar yang sering terdapat di kawasan berpaya dan tanah rendah. Pokoknya yang renek menghasilkan buah liar yang boleh dimakan malah juga sedap. buah kelamunting akan masak apabila ianya berwarna ungu dan mentah jikalau masih berwarna hijau.
rasanya yang manis bukan sahaja menjadi kegemaran pengemarnya malahan binatang seperti burung-burung gemarkan buah ini. isinya yang manis, mempunyai biji kecil seperti biji cili~tetapi tidak pedas tapi manis~ urmmmmmmmmmm sedap sungguh~.....
kulitnya pula ada rasa sedikit unik dan mengekalkan rasa buah liarnya. dan buah ini mudah didapati dikawasan rendah seperti di kaki bukit ataupun di kawasan semak-semak.
Bagi adeknan sendiri~ x perlu mencari jauh. kerana pokok ni ada di kaki tangga rumah adeknan di kampung. setiap kali balik kampung adeknan akan makan buah kelamunting ni kalau ada yang masak. kerana adeknan sangat suka dengan buah ni. lagipun orang tua cakap ianya ubat dan banyak khasiat.
Khasiat buah kelamunting seperti yang adeknan pernah dengar macam dibawah ni~
1. Penawar ceret beret or sembelit
2. Penawar sakit perut
3. Penawar Dugal.
p/s~so kalau ada sesiapa yang terjumpa buah ni dihutan janganlah ditebang terus or dibuang terus..k sebab buah ni sememangnya sedap sangat// kalau x berani makan bagi lah kat adeknan jer....jijiji
-tamat-
0 comments:
Post a Comment