Suatu perkara yang dilakukan dengan ikhlas walaupun letih tapi amat bermakna. satu lagi kenangan dalam supersimplelife tercatat dalam memori. Buruk bunyinya tapi indah rasanya.. begitulah maknanya "walaupun tak seberapa tapi bermakna".
Itulah gunanya teman sejati. Walau tidak seberapa sokongan tetap ada serta tindakan mampu membuatkan kita seteman tersentuh dan tersenyum bersama gelak ketawa. Mungkin sudah terlalu lama tidak bergelak tawa bersama ditempat asing. Namun itulah kenangan yang tercipta. Teman yang ada bila diperlukan dan teman yang sentiasa bertanyakan tentang kehidupan. Dan teman inilah yang ingin kita temukan. Mungkin sukar untuk mencarinya namun bukan sukar mencari teman yang hanya sekadar teman.
Mencerminkan muka melihat wajah yang tidak seberapa. Nampak jelas terasa letihnya. Namun Pelik Hati terasa puas apabila melihat kegembiraan yang lama tidak jelas kelihatan di wajah yang mungkin kebelakangan ini sedikit suram. Mungkinkan kerja yang membuatkan hati lupa tentang masalah, ataupun memang masalah sudah pun lali dengan diri. Ataupun teman yang membuatkan diri terlupa tentangnya. Apa yang pasti tanpa disedari tadi sebenarnya perasaan tenang semasa pulang dan gelak ketawalah yang menjadi penawar.
Namun bila sudah meragam....
Membuatkan hati kita terus terpendam..
Tidak perlu kita merasa hati dendam.
Hanya perlu meluahkan hati yang terpendam.
Kerana bila tentang HATI tiada siapapun yang mampu menghalang. Biarkan hati diri dan mencorak suasana, sama ada indah ceria atau sebaliknya.

0 comments:
Post a Comment