Popular Posts

Saturday, January 16, 2010

Masalah Punya pAsaL

Kita tentu sering berhadapan dengan masalah, sama ada masalah kecil ataupun masalah besar. apa yang membezakannya cuma masa dan bentuk pengorbanan yang dilakukan untuk menyelesaikannya. Pernah kita mendengar orang berkata hidup adalah sebuah episod. Ternyata kata-kata itu benar dari segi rialitinya. perasaan gembira silih berganti dengan rasa duka dan kecewa. Perkara yang timbul mungkin kerana kebodohan diri yang dilahirkan kedunia dengan bermacam kekurangan. Namun tabahkan hati menghadapi semuanya.

Adakah masalah ini memerlukan suatu pengorbanan yang besar?
Jawapannya "ya".

Pengorbanan yang mungkin dianggap tidak bernilai untuk dilakukan. Tetapi keadaan memaksa untuk melakukannya. Kerana menyedari masalah berpunca dari diri sendiri atau disebabkan orang lain. Dan menjauhkan diri daripada berhadapan dengan masalah sememangnya bukan suatu keputusan yang bijak. Tapi cuba berhadapan dengan masalah, adalah lebih rumit dan memerlukan daya tahan dalam diri yang utuh.

Sebaiknya kita tidak menyalahkan diri tetapi menyalahkan orang lain ataupun situasi adalah yang terbaik. Teori ini mungkin agak sedikit keterlaluan, tapi kita haruslah menjaga hati kita sendiri bukan?. Menyalahkan pihak lain yang dimaksudkan bukanlah menyatakannya secara tindakan dan terbuka. Tetapi sekadar untuk menenangkan hati tatkala duka melanda dan bukannya untuk bermusuhan.

Orang sering menyebut kata nie "dah takdir nak buat macam mana", tapi tahukah kita yang takdir itu kita yang rancangkan segalanya dan hanya tuhan yang menentukannya. Apa-apapun masalah itu akan terhapus tidak lama lagi. Berjanjilah pada diri, untuk kuat dan bersemangat untuk menundukkan segala halangan yang akan mendatang. Kerana diri dilahirkan dengan semangat yang kental serta minda yang tajam. Tunggulah!!!! sedikit masa saja lagi sebelum semuanya akan terlambat, langkahmu akan mengoncang dunia..............dH

0 comments:

Post a Comment

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons