Sudah sehari suntuk aku bertapa dihadpan labtop sambil bukak FCB main farmville tapi x dapat idea gak. Tapi aku xlh sampai macam mamat kat gambar nie hahaha
Alhamdulillah lepas jew member nie cakap "Copy past jew kat web len". so aku pun dapat lah idea tulis perkara menarik ni iaitu tentang bangun tido'
Setiap kali bangun pagi apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita. Bagi seorang mahasiswa seperti saya yang duduk bersendirian didalam bilik mungkin akan memikirkan perkara ini(jam berapa sekarang, da kuliah x hari nie? kot2 terlajak tidur. hahaha memang lucu, tambahan tangan akan mula mencapai telefon bimbit kita bukannya mendongak melihat jam dinding. Dan akhir sekali barulah merasa sakit-sakit bahagian tengkuk kita.
Sebagai seorang mahasiswa kita sering mengabaikan perkara yang berkaitan dengan "TIDUR YANG LENA". Tidur semasa bergelar Pelajar sememangnya perkara rutin kita memandangkan kita selalu tidur lewat malam ataupun awal pagi sebelum subuh ataupun selepas subuh.
Kalau dulu semasa Zaman kanak-kanak, kita seing ditidurkan oleh orang tua kita. Tapi sekarang sudah pandai membuat keputusan sendiri yang menentukan tindakan kita. Namun demikian keputusan membuat tugasan/asingment lewat malam mungkin bukan satu keputusan yang terbaik untuk setiap individu itu sendiri. Selalunya kita sanggup bersengkang mata sampai pagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi kita tidur pada waktu siang. Adakah suasana siang tidak cukup baik untuk kita menyiapkan tugasan tersebut?. Tanyakanlah persoalan ini kepada diri kita sendiri?. Bukankah lebih bermakna apabila waktu itu kita manfaatkan untuk perkara yang akan kita ingati seumur hidup kita dan seterusnya tidak terlepas daripada mendapat manfaat daripada tidur yang lena.
Tidur yang lena x ?
Kalau tanya kat Adam Harith ni mestilah di cakap lena kan, tengok pun dah tahu dah hahaha kalaw tanya kat abg dia (Muhammad Al-amin) kat bwh tu pun sama jugak
Keperluan tidur yang lena bagi setiap orang berbeza-beza tetapi secara kebiasaanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru untuk kita lebih bertenaga semula di keesokan harinya.
Apakah yang kita perlukan untuk tidur dengan lena, mungkinkah sebiji bantal yang selesa, ataupun posisi tempat tidur yang luas. terpulang kepada cara kita sendiri. memikirkan tentang tidur yang lena, saya sering terfikir untuk tidur seperti di Rumah(dikpg). dengan tidur seawal jam 11pm dan bangun pada jam 7am. Bangunnya tidak dipaksa tapi terhibur dek bunyi ayam berkokok, bunyi burung berkicauan ditambah bunyi kaki anak kecik berlompatan Gembira. Tapi di sini sebaliknya terdengar bunyi kereta dan Bunyi Tek! Tek! Tek! detik jam dinding dek awal pagi.Dan tidur yang lena susah untuk dicari.
Akibatnya kita sering letih dan mengantuk dan sering hilang tumpuan didalam kuliah.
Jadi betul lah kata mak gan ayah aku slalu yan berkata
"wang mun kan tulak sikulah ataupun kan kalua umah langkah kanan jamuk dahuluk"
Maksudnya lebih kurang yang ni lol "wang(hasnan) kalau nak pergi sekolah ataupun keluar rumah keluar dengan langkah kanan dulu"
0 comments:
Post a Comment