Popular Posts

Friday, January 15, 2010

Ada apa dengan ikan LAGA

Kenapa aku memilih ikan laga sebagai teman.

Mungkin kerana ikan ni bukan binatang yang pandai bercakap, yang juga ciptaan Agung Allah S.W.T. Kalau difikir-fikirkan kalau dilepaskan kat sungai pun ikan laga ni belum tentu akan hidup. Sudah lama hati teringin membela ikan, tapi yang pastinya bukan ikan emas lol. Mungkin ikan seperti ikan laga yang mempunyai persamaan dengan ikan sepat, penjagaannya tidak rumit menarik minat. Kalau ikan emas mesti akan mati kalau aku bela, yerlah orang malas macam aku ni nak tukar air selalu. Yang satu hal lagi ni lagi penting, actually aku x leh tido’ kalau dengar bunyi air dalam arkuarium tu. Hahahaha peliklahkan kalau dengar lagu kuat-kuat boleh plak tidur.

Kenapa dengan ikan emas..?

Adakah ikan Laga begitu istimewa berbanding dengan ikan emas?.

Dude? of course lah orang putih cakap. Mana tidaknyer sebut nama ikan LAGA sudah pun tahu ikan ni kuat gaduh “berlaga” hahaha. Cuba dilihat pada ikan emas, apa yang boleh dilakukannya plak, mereka hanya tahu makan sampai perut mereka kembung bagai nak pecah dan lebih besar daripada kepalanya. Tak habis kat situ, ikan emas juga agak malas berbanding dengan ikan-ikan yang lain, ikan emas tidaklah secergas ikan laga yang sering mencuri tumpuan kita dengan cuba berinteraksi dengan objek yang berhampiran dengan bekasnya (arkuariumnya).

Ikan laga Mudah dibela.

Penjagaannya pulak mudah dan tidak serumit ikan-ikan yang lain. Airnya tidak memerlukan alat bantuan oksigen (hehehehe)

Warna yang menarik plak tu....

Macam-macam warna ada, ada warna biru, kuning merah dan unggu. Warna-warni macam pelangi pun ada. wakakaka

Tapi. Apa yang penting?...

Yang penting ikan ni agak murah. Kalau ikan emas agak mahal, tapi tak pernah tahu plak berapa harganya seekor. Tapi yang pastinya bukan RM1.50 bagi yang kecil dan RM4.00 bagi yang besar. Hahaha tapi itulah harga seekor ikan laga di tanjong malim ni. Kalau di Bekenu harga seekor ikan laga boleh mencecah RM6.50 lebih mahal RM2.50 berbanding dengan di Tjg Malim. Tapi sungguhpun lebih mahal, warnanya lebih cantik dan juga lebih besar berbanding ikan laga yang aku bela sekarang nie.

Mulanya aku teringin hendak bagi nama kat ikan aku ni nama ShidiP*#*. Tapi x nak lah nnt ikan aku mati plak, yerlah aku rasa dia sendiri pun x nak nama tu. Hahaha......HP

5 comments:

HairiAks said...

Ikan ni kalau goreng pon sodap... banyak VITAMIN..btul ke? sebab aku x amik sbjek Fizik & Bio... hahahahaha

Anonymous said...

cantik betol ikan laga nih.... ko der bela ke nan... bg la aku sekor/2 ekor...
hahahhaa... betol2... goreng pon sodap...=p

adek_nan said...

mesti lh da bela. sekor warna hijau kebiru-biruan. cantik, ikhwan pun da gak. tp ikan dia dh mati dh. hahaha bo lh ko goreng bangkai ikan dia nie.

rahim said...

nan camana nak training ikan laga supaya dia jd kuat??

adek_nan said...

senang jer ko goreng jer ikan tu rangup-rangup...mesti kuat punya BUNYI ko kunyah nanti....ahaks

Post a Comment

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons