Popular Posts

Friday, January 29, 2010

Apa lagi kisah tentang katak ?????.....

Apa yang pasti katak yang malang ini banyak memberikan kelebihan kepada manusia. Betul kew??? Mana tidaknya kita manusia nie selalu mengekploitasikan katak menjadi benda lain. BUM!!!!...jadikan tabung katak, lampu katak, buku katak, pa lagi katak...hah???? filem katak pun ada...hahahaha jgn tak percayaaaaaa.....klw tak silap aku citer tu bertajuk “princes and the frog“, dan yang tak boleh percayanya tu citer filem musical tu beb. Hahaha

So baik korang semua berterimakasih dengan katak. Coz katak ni banyak memberi sumbangan kepada manusia. Kita jew yang selalu leka dan tak sedar tentang mereka semua. So lepas nie tengok2 lah jugak jalan klw tengah drive tu, takut2 katak nak melintas jalan. Yer lh kalau diorang ni tau nak melintas jalan ikut tata tertib “tengok kanan, tengok kiri,dan tengok kanak” semasa melintas.....xda lh terhasilnya istilah mati katak tu kn....

So sama-samalh kita renung-renungkannn.........H?

Sunday, January 24, 2010

KATAK OH KATAK???

Kali pertama Berkongsi cerita tentang K.A.T.A.K.

Katak adalah haiwan yang serba boleh. Bukan sekadar mempunyai kebolehan menyanyi tapi juga boleh menari, berlakon, berkising, bertelur dan berjalan, melompat even jadi model hahaha. Dan kebolehan mereka yang paling mengkagumkan adalah boleh memanggil hujan dengan manteranya.

Mentera nya yang mungkin berbunyi seperti ini @#$%^&*!!!! @#$%^&*!!!!! @#$%^&!!!!! @#$%^&!!!!!!. tak kurang jugak katak yang gila tapi jadi idola manusia hahaha....cthnya kat sebelah nie...

Kalau di sarawak terdapat sekumpulan masyarakat yang menjadikan katak sebagai makanan. Orang cakap sedap? Betul ker>>> Tapi makan jangan sebarang makan? coz katak pun da yang beracun tau. Makkk!!!! oi??? Takut nyer klw cakap tentang racun nie kn. Agak-agak ular tu kalau nak makan katak dia pilih dulu lah yer?...saya pun tak tahu. Mungkin sebab saya bukan ular kot. Hahahaha.....:-)

Apa yang pasti....

Kita ni memang suka akan katak, bukan?. Mungkin bila kita jumpa katak yang hidup kita sedikit geli ataupun takut. Tapi sebaliknya katak ni mesti takutkan manusia kan. Yerlah mana tak nyer masa kita kat sekolah dia takut kita tangkap dia jadi bahan tuk experimen [dibedah]. Masa kita tengah drive diorang takut kita ni pijak dia. Kalau masa kita masak or makan dia takut kita goreng dia. Kalau masa raya plak diaorang takut kena mercun. Dan apabila katak nak beraya “menyanyi” kita marah dia, sumpah katak coz diorang panggil hujan. Tapi dia tak marah pun sebaliknya kalau kita nyanyi sumbang jadi kemarau pun katak tak marah kat kita. Terlalu banyak sebenarnya cerita tentang katak ni....so cerita ini pun akan bersambung di episod yang seterusnya.......H?

Akan datang>>>>> citer tu bertajuk “princes and the frog“, dan yang tak boleh percayanya tu citer filem musical tu beb???? >>>>

Tak seberapa tapi bermakna.

Suatu perkara yang dilakukan dengan ikhlas walaupun letih tapi amat bermakna. satu lagi kenangan dalam supersimplelife tercatat dalam memori. Buruk bunyinya tapi indah rasanya.. begitulah maknanya "walaupun tak seberapa tapi bermakna".

Itulah gunanya teman sejati. Walau tidak seberapa sokongan tetap ada serta tindakan mampu membuatkan kita seteman tersentuh dan tersenyum bersama gelak ketawa. Mungkin sudah terlalu lama tidak bergelak tawa bersama ditempat asing. Namun itulah kenangan yang tercipta. Teman yang ada bila diperlukan dan teman yang sentiasa bertanyakan tentang kehidupan. Dan teman inilah yang ingin kita temukan. Mungkin sukar untuk mencarinya namun bukan sukar mencari teman yang hanya sekadar teman.


Mencerminkan muka melihat wajah yang tidak seberapa. Nampak jelas terasa letihnya. Namun Pelik Hati terasa puas apabila melihat kegembiraan yang lama tidak jelas kelihatan di wajah yang mungkin kebelakangan ini sedikit suram. Mungkinkan kerja yang membuatkan hati lupa tentang masalah, ataupun memang masalah sudah pun lali dengan diri. Ataupun teman yang membuatkan diri terlupa tentangnya. Apa yang pasti tanpa disedari tadi sebenarnya perasaan tenang semasa pulang dan gelak ketawalah yang menjadi penawar.


Namun bila sudah meragam....
Membuatkan hati kita terus terpendam..
Tidak perlu kita merasa hati dendam.
Hanya perlu meluahkan hati yang terpendam.

Kerana bila tentang HATI tiada siapapun yang mampu menghalang. Biarkan hati diri dan mencorak suasana, sama ada indah ceria atau sebaliknya.

Saturday, January 23, 2010

Dua PiliHaN sAtu kEputusAN satU PeRasaaN


Membuat pilihan akan sentiasa menjadi sebahagian dari kehidupan yang tidak seberapa nak super simple life. huhu....pilihan sentiasa ada dihadapan.

Gerak hati penentu utama keputusan yang akan diambil. Dengan mempertimbangkan pelbagai faktor dan perkara yang mungkin dianggap remeh oleh pihak lain.
Gerak hati mungkin kadang-kadang tidak mampu membuatkan kita mencapai keputusan yang tepat. Namun sekurang-kurangnya hati terasa bahagia buat satu masa dan akan diingat di sepanjang usia. Pilihan kepada dua keputusan yang bertententangan tetap diteruskan. Sama ada mecatatkan memori sepanjang zaman ataupun mengatasi masalah sedia ada sebelum semuanya menjadi bencana.

Mungkin pilihan kali ini adalah pilihan yang ke-2. Mengenepikan kata hati dan terus percaya pada tindakan diri. Tanpa sokongan diri siapalah kita yang jauh dari keluarga.
Tidak?!!!!
Hati tidak dapat berbohong. Hati memang sedih kerana selama ini hati penentu segalanya. Ataupun benar, sebenarnya keputusan yang dibuat adalah hasil daripada pilihan yang pertama?. harap2 begitulah hendaknya. Hati ini sangat rungsing jadinya. tidak keruan, meraung.

Tapi akan tetap dingat, setiap dugaan yang datang, adalah dari pada ALLAH dan DIA akan membalasNya dengan 2 kali ganda limpahan nikmatNya.

Wednesday, January 20, 2010

My Dreams

When i wake up in this evening, suddenly i thinking of my dream that i had before.
Dream about too be the chosen one, who has been chosen and has an opportunity to continue my study in the one of the best university in the world. i'm smile while i'm wrote this article. Because i know i never to be able to be the chosen to study there.

Back to the basics, people always judge me by my look on my body saiz. Yes?? it's true. As a human being, i'm sad because of it's. But for the biggest change in my life, i be able to study in the one of the newest university in Malaysia [UPSI] and meet such a good person and then to be their friends. You know what, i proud of it's. I was thinking, again? again and again ^^ may be the only level that i can reach and do not step up anymore, but i hope that i can be like some of my old friends. Their continue their study on master after their complete their first degree last year.

Last time in the semester break, i ask my family especially my mom and dad about continue my study on second degree. Their said "if we had a enough money you will, but for now on we still in money crisis" hahaha... their laugh. yes i know, and their also know that i had a dreams to continue my study in the overseas. Like i told before my family is very supportive and their always hope that my comes true "some day". amin
So i decide do not to think about to be the chosen one or become the main character in the story. But i always know, i'm the chosen to live like this. I believe deep in my heart, i also deserve to be happy, to be the winner and also to full fill my own dreams just like you.

Monday, January 18, 2010

Emotional??? hah!!! biar betuL

Selalu terdengar bahawa diri ini dianggap sebagai emo?
Apakh yg dimaksudkan dengan emo. hehehe.....emosional kot yang diorang maksudkan aku pun x tau meannya secara saintifik. Bukannyer stail emo kew? first time diaorang kata aku nie emo, aku ingatkan emo yg tu. hahaha....jauh pangang dari api.

Tapi no hal punyalah P/S lantaklah apa orang nak kata hhuhuhu, janji aku bahagia.
Well this is my style lol. And i know all of you don't have a problem with it and if there i do not care. This is my life, and this is what i want to be.

So somebody out there if you, terasa kew, terkecil hati or terasa menyampah? it's ok. i'm not blame on you never. Coz itu semua bukan kehendak korang semua and i don't have any power to stop and judge you back. I tak kecil hati pun, but i just want to all of you know jew. Even if i mad to the someone, believe me it's only for a while.. xoxo

"Experience" is the words men give to their mistakes in this world.

Sunday, January 17, 2010

Special Tentang Masakan Vs Tukang masak

Terhibur dan terliur melihat orang lain memasak. Alangkah baiknya kalau diri ini ada bakat seperti mereka. Ishk2? Mungkin terimbas kembali angan-angan kecil dulu semasa tingkatan 4. Fuh lamak ting 4 plak tu- angan2 main2 kot J. Hati ni kuat kata nak jadi tukang masak kat hotel “Five Star” hehehe :-). Cheff lh katakan, tapi syg kenangan tinggal kenangan kui3...lagi pun xda bakat kot dlm masak-memasak nie, tapi kalau setakat masak mee tu? memang terer lol. Masak mee gan air sejuk pun aku boleh tau, see siapa bo challange aku meh sini> amboi riak lh plak : )

Idola masakan kamek? mestilah “Jamie Oliver”. Dia Memang berbakat kalau bab memasak nie. Tengok cara dia masak jer dah bolah terliur and lapar nak makan. Hehehe xpa suatu hari nanti aku nak jadi macam ko lah jamie..hehehe berangan sikit?

So Pastu tengok plak si Nigella masak. Fuh! Hot???? Very hot beb??? Apa yg hot? Masakan nyer or tuan punya badan. Jawapanya kedua2 beb. Hehehe Nigella ni kalau masak, dia suka masak desert tapi memang best dia masak dengan gaya mata mengoda skali. Macam nie lah gadis idaman ramai lelaki dah lah cantik pandai masak plak tu sik maok keluar rumah beb!. Opss!!!!!!! terkeluar ayat tu...hehehe

Sedap atau tidak masakan mereka semua nie?. Tak kisahlah, janji aku suka. Orang lain peduli apa, tapi aku percaya masakan tu sememangnya sedap. Mana tidaknya tengok rupa jew dh meliur. Hehehe


Ini adalah list rancangan masakan mereka berdua yang selalu aku ikuti.
  • Jamie Oliver at home
  • Jamie Oliver Christmas special
  • Jamie kitchen
  • Forever summer with Nigella.
Sumer ni korg boleh tengok kat Astro chanel “asian Food Chanel” or “Traveling Chanel”

Selamat menonton. ... Bye Hd :-)

Saturday, January 16, 2010

Masalah Punya pAsaL

Kita tentu sering berhadapan dengan masalah, sama ada masalah kecil ataupun masalah besar. apa yang membezakannya cuma masa dan bentuk pengorbanan yang dilakukan untuk menyelesaikannya. Pernah kita mendengar orang berkata hidup adalah sebuah episod. Ternyata kata-kata itu benar dari segi rialitinya. perasaan gembira silih berganti dengan rasa duka dan kecewa. Perkara yang timbul mungkin kerana kebodohan diri yang dilahirkan kedunia dengan bermacam kekurangan. Namun tabahkan hati menghadapi semuanya.

Adakah masalah ini memerlukan suatu pengorbanan yang besar?
Jawapannya "ya".

Pengorbanan yang mungkin dianggap tidak bernilai untuk dilakukan. Tetapi keadaan memaksa untuk melakukannya. Kerana menyedari masalah berpunca dari diri sendiri atau disebabkan orang lain. Dan menjauhkan diri daripada berhadapan dengan masalah sememangnya bukan suatu keputusan yang bijak. Tapi cuba berhadapan dengan masalah, adalah lebih rumit dan memerlukan daya tahan dalam diri yang utuh.

Sebaiknya kita tidak menyalahkan diri tetapi menyalahkan orang lain ataupun situasi adalah yang terbaik. Teori ini mungkin agak sedikit keterlaluan, tapi kita haruslah menjaga hati kita sendiri bukan?. Menyalahkan pihak lain yang dimaksudkan bukanlah menyatakannya secara tindakan dan terbuka. Tetapi sekadar untuk menenangkan hati tatkala duka melanda dan bukannya untuk bermusuhan.

Orang sering menyebut kata nie "dah takdir nak buat macam mana", tapi tahukah kita yang takdir itu kita yang rancangkan segalanya dan hanya tuhan yang menentukannya. Apa-apapun masalah itu akan terhapus tidak lama lagi. Berjanjilah pada diri, untuk kuat dan bersemangat untuk menundukkan segala halangan yang akan mendatang. Kerana diri dilahirkan dengan semangat yang kental serta minda yang tajam. Tunggulah!!!! sedikit masa saja lagi sebelum semuanya akan terlambat, langkahmu akan mengoncang dunia..............dH

Friday, January 15, 2010

Ada apa dengan ikan LAGA

Kenapa aku memilih ikan laga sebagai teman.

Mungkin kerana ikan ni bukan binatang yang pandai bercakap, yang juga ciptaan Agung Allah S.W.T. Kalau difikir-fikirkan kalau dilepaskan kat sungai pun ikan laga ni belum tentu akan hidup. Sudah lama hati teringin membela ikan, tapi yang pastinya bukan ikan emas lol. Mungkin ikan seperti ikan laga yang mempunyai persamaan dengan ikan sepat, penjagaannya tidak rumit menarik minat. Kalau ikan emas mesti akan mati kalau aku bela, yerlah orang malas macam aku ni nak tukar air selalu. Yang satu hal lagi ni lagi penting, actually aku x leh tido’ kalau dengar bunyi air dalam arkuarium tu. Hahahaha peliklahkan kalau dengar lagu kuat-kuat boleh plak tidur.

Kenapa dengan ikan emas..?

Adakah ikan Laga begitu istimewa berbanding dengan ikan emas?.

Dude? of course lah orang putih cakap. Mana tidaknyer sebut nama ikan LAGA sudah pun tahu ikan ni kuat gaduh “berlaga” hahaha. Cuba dilihat pada ikan emas, apa yang boleh dilakukannya plak, mereka hanya tahu makan sampai perut mereka kembung bagai nak pecah dan lebih besar daripada kepalanya. Tak habis kat situ, ikan emas juga agak malas berbanding dengan ikan-ikan yang lain, ikan emas tidaklah secergas ikan laga yang sering mencuri tumpuan kita dengan cuba berinteraksi dengan objek yang berhampiran dengan bekasnya (arkuariumnya).

Ikan laga Mudah dibela.

Penjagaannya pulak mudah dan tidak serumit ikan-ikan yang lain. Airnya tidak memerlukan alat bantuan oksigen (hehehehe)

Warna yang menarik plak tu....

Macam-macam warna ada, ada warna biru, kuning merah dan unggu. Warna-warni macam pelangi pun ada. wakakaka

Tapi. Apa yang penting?...

Yang penting ikan ni agak murah. Kalau ikan emas agak mahal, tapi tak pernah tahu plak berapa harganya seekor. Tapi yang pastinya bukan RM1.50 bagi yang kecil dan RM4.00 bagi yang besar. Hahaha tapi itulah harga seekor ikan laga di tanjong malim ni. Kalau di Bekenu harga seekor ikan laga boleh mencecah RM6.50 lebih mahal RM2.50 berbanding dengan di Tjg Malim. Tapi sungguhpun lebih mahal, warnanya lebih cantik dan juga lebih besar berbanding ikan laga yang aku bela sekarang nie.

Mulanya aku teringin hendak bagi nama kat ikan aku ni nama ShidiP*#*. Tapi x nak lah nnt ikan aku mati plak, yerlah aku rasa dia sendiri pun x nak nama tu. Hahaha......HP

Thursday, January 14, 2010

Bila kawan suruh copy paste jew?

Sudah sehari suntuk aku bertapa dihadpan labtop sambil bukak FCB main farmville tapi x dapat idea gak. Tapi aku xlh sampai macam mamat kat gambar nie hahaha

Alhamdulillah lepas jew member nie cakap "Copy past jew kat web len". so aku pun dapat lah idea tulis perkara menarik ni iaitu tentang bangun tido'

Setiap kali bangun pagi apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita. Bagi seorang mahasiswa seperti saya yang duduk bersendirian didalam bilik mungkin akan memikirkan perkara ini(jam berapa sekarang, da kuliah x hari nie? kot2 terlajak tidur. hahaha memang lucu, tambahan tangan akan mula mencapai telefon bimbit kita bukannya mendongak melihat jam dinding. Dan akhir sekali barulah merasa sakit-sakit bahagian tengkuk kita.

Sebagai seorang mahasiswa kita sering mengabaikan perkara yang berkaitan dengan "TIDUR YANG LENA". Tidur semasa bergelar Pelajar sememangnya perkara rutin kita memandangkan kita selalu tidur lewat malam ataupun awal pagi sebelum subuh ataupun selepas subuh.

Kalau dulu semasa Zaman kanak-kanak, kita seing ditidurkan oleh orang tua kita. Tapi sekarang sudah pandai membuat keputusan sendiri yang menentukan tindakan kita. Namun demikian keputusan membuat tugasan/asingment lewat malam mungkin bukan satu keputusan yang terbaik untuk setiap individu itu sendiri. Selalunya kita sanggup bersengkang mata sampai pagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi kita tidur pada waktu siang. Adakah suasana siang tidak cukup baik untuk kita menyiapkan tugasan tersebut?. Tanyakanlah persoalan ini kepada diri kita sendiri?. Bukankah lebih bermakna apabila waktu itu kita manfaatkan untuk perkara yang akan kita ingati seumur hidup kita dan seterusnya tidak terlepas daripada mendapat manfaat daripada tidur yang lena.

Tidur yang lena x ?
Kalau tanya kat Adam Harith ni mestilah di cakap lena kan, tengok pun dah tahu dah hahaha kalaw tanya kat abg dia (Muhammad Al-amin) kat bwh tu pun sama jugak

Keperluan tidur yang lena bagi setiap orang berbeza-beza tetapi secara kebiasaanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.

Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru untuk kita lebih bertenaga semula di keesokan harinya.

Apakah yang kita perlukan untuk tidur dengan lena, mungkinkah sebiji bantal yang selesa, ataupun posisi tempat tidur yang luas. terpulang kepada cara kita sendiri. memikirkan tentang tidur yang lena, saya sering terfikir untuk tidur seperti di Rumah(dikpg). dengan tidur seawal jam 11pm dan bangun pada jam 7am. Bangunnya tidak dipaksa tapi terhibur dek bunyi ayam berkokok, bunyi burung berkicauan ditambah bunyi kaki anak kecik berlompatan Gembira. Tapi di sini sebaliknya terdengar bunyi kereta dan Bunyi Tek! Tek! Tek! detik jam dinding dek awal pagi.Dan tidur yang lena susah untuk dicari.

Akibatnya kita sering letih dan mengantuk dan sering hilang tumpuan didalam kuliah.
Jadi betul lah kata mak gan ayah aku slalu yan berkata

"wang mun kan tulak sikulah ataupun kan kalua umah langkah kanan jamuk dahuluk"

Maksudnya lebih kurang yang ni lol "wang(hasnan) kalau nak pergi sekolah ataupun keluar rumah keluar dengan langkah kanan dulu"

Langkah kanan dengan bermula dengn tidur yang lena mengingat kan aku dengan kata-kata itu semasa menuruni anak tangga setiap kali hendak ke kuliah. Tapi Malangnya anak yang di panggil "awang" oleh keluarganya nie hanya teringatkan kata-kata itu semasa menulis perkara ini hahahahahaa......HB.

Wednesday, January 13, 2010

No Boundries - by Kris AlleN

Seconds, hours, so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever
If you feel you've lost your way


What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
To fight and never walk away
Cause here I am still holding on


Every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You'll make it through the pain
Whether the hurricanes
To get to that one thing
So you think the road is going nowhere
Just when you've almost gave up on your dreams
Then take it by the hand
And show you that you can
There are no boundaries
There are no boundaries


I fought to the end to stand on the edge
What if today is as good it gets
Don't know where the future's headed
Nothing's gonna bring me down


I've jumped every bridge and I've run every line
I've risked being saved but I always knew why
I always knew why
So here I am still holding on


Every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You'll make it through the pain
Whether the hurricanes
To get to that one thing
So you think the road is going nowhere
Just when you've almost gave up on your dreams
Then take it by the hand
And show you that you can


You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule cause there's nothing between you
and your dreams


Every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe


Yeah, there are no boundaries
There are no boundaries


With every step you climb another mountain
Every breath it's harder to believe
You'll make it through the pain
Whether the hurricanes
There are no boundaries
There are no boundaries


There are no boundaries

Tuesday, January 12, 2010

percubaan ke-2 "kenangan indah"


Sebagai percubaan ke-2 ni, selaku seorang yang baru beberapa jam memulakan blog ni cuba mengimbas kembali kenangan indah kami 4 adik beradik.

<<>>

Pantai yang cantik, berdekatan dengan SMK Bekenu. Sekolah yang menjadi pilihan bagi menjalankan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dan hanya 45 minit daripada rumah.

huhuhuhuhuhu
Sungguh happening ceria dgn gelak ketawa bermain pantai. Tapi sayang kakak sulung tidak dapat join sekali masa tu Memandangkan beliau terlalu sibuk melayan karenah tiga orang puteranya yang sentiasa menceriakan kediaman En.Bali sekeluarga.

Ini lah kehidupan ku yag mungkin sering disalah ertikan sebagai anak manja @ anak emas dalam keluarga. tapi tidak mengapa, kerana kahidupan bersama keluarga sebegini yang mencorakkan kehidupan yang menjadikan kenangan terindah tercipta. Dengan kasih dan sayang daripada 4 orang wanita hebat disamping sokongan dan perhatian penuh daripada tunggak keluarga kami "Bapak" serta seorang adik menjadikan hidup kami cukup sempurna.

Terasa bertuahnya, apabila keluarga yang terdiri daripada 7 ahli keluarga ini terus berkembang menjadi 12 orang. Kehidupan yang bertambah ceria walaupun telah di makan usia. Yang muda kini makin dewasa dan yang dewasa semakin tua. Itulah kehidupan yang mencorak kenangan yang terindah.

simple life

simple life.

hari ini ku mulakan lembaran terbaru dalam hidup.
selepas mendapat ilham melihat bloq seorang kawan lama.
melihatkan perubahan yang ada pada dirinya, kerana dulu aku sering melihatnya dari sudut pandangan yang berbeza. dan kini ku mendapat ilham daripadanya untuk berkongsi idea dan apa jua yang terlintas di benak fikiran.
ya Allah ya tuhanku hindarkanlah hambamu ini daripada terpesong daripada tujuan ku, bagi membuka suatu lembaran baru, episod permulaan dalam hidup,,, sebagai peluang yang ke-2

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons