This is adeknan.blogspot
Salamulaikom dan salam sejahtera semua. adeknan nak ucapkan selamat datang ke ruang hasil tulisan sepenuhnya oleh adeknan. Issue ataupun topik yang terdapat di sini adalah semuanya satu metafora dan luahan hati adeknan. Di harap tiada yang terasa kecil hati dan makan hati berulamkan jantung~~
THE DARK SIDE OF ME
WEll everyone is not perfect as our prophet wright. So do I, I'm not the perfect man nor a great human either. I just like to be me even some other people try to change me. Dude I'm not ready yet to changed adeknan life yet. Well I'ts just have to be Me wright...adeknan.blogspot.com
This is me adeknan DARK side
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 4 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
My Travel aku suka jalan-jalan
Hurmmm untuk pengetahuan semua adeknan ni sebenarnya seorang yang jarang keluar rumah. But if my friends ajak gi jalan-jalan memang susah nak berhenti. thats why adeknan suka sangat berjalan-jalan a.k.a melancong tapi bukannyer melencong k. adeknan banyak menghabiskan masa di negeri orang so tak heranlah adeknan ni banyak berjalan gan kawan-kawan jer bukan dengan famili.. hik3 so klik sini ada link tuk tengok tempat yang adeknan dah pergi
Popular Posts
-
Ini Yang ada kat kepala Otak adeknan sekarang nih. adeknan tak sabar TAK SABAR NAK MEMULAKAN BISNES SENDIRI..... Tapi sebelum tu, mesti...
-
Pantun Kedayan.... Pantun kedayan dalam erti kata lain "bermukun" adalah tradisi lama bangsa Minoriti di Sarawak iaitu bangs...
-
Rancangan Mengajar Harian Mata Pelajaran : Perdagangan Tingkatan 4 Tarikh / Hari : ...
-
Dear my Reader~~ berapa kerapkah anda dilanda perasaan gundah gulana?? 2 kali seminggu? 3 kali seminggu atau 7 kali seminggu? tak tah...
-
PENGENALAN _____________________________________ “Kappa” yang bermaksud “kanak-kanak sungai” juga dipanggil kawataro [ 川太郎 ] dalam bah...
Monday, December 20, 2010
Monday, December 6, 2010
MENANGIS tak berlagu
Saturday, December 4, 2010
Camping di KALUMPANG gan rakan-rakan
Diharap sihat sentiasanya, beberapa hari yang lepas adeknan sempat pergi berkelah dengan rakan-rakan di kalumpang resort. Kiranya ini kali ke-3 @ ke-4 jugaklah ni. tapi keseronokannya tetap terasa yang teramat sangat. bukan sahaja setakat main air dan batu, tapi adeknan dan rakan-rakan dijamu dengan makanan yang enak-enak yag dimasak oleh kaum hawa yang ikut.
atas batu yg agak besar |
sesi makan-makan |
bila mula buang tebiat |
So sini adeknan ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan tu thanks yar sebab anjurkan program yang macam ni. nanti kalau ada masa plak kita buat lagi erk...
Thursday, December 2, 2010
Minggu pening edit blog
Monday, November 29, 2010
ternyata belom bersedia.~
Untuk entry kali ni buat muhasabah diri sendiri
Sunday, November 28, 2010
Kekal begini~tukar cerita
Kite cerita tentang berita gembira plak......ihihihi
inilah kenikmatan sebenar yang adeknan inginkan iaitu, jalan-jalan cari kenangan. paling best kawan-kawa semuanya sporting apabila banyak memabawa adeknan turut serta dalam apa jua ekspedisi yang mereka anjurkan..
S.3. Adakah anda ingin melanjutkan pelajaran..?
iye lee... kalau ditanya tentang keinginan melanjutkan pelajaran ni, adeknan memang teringin sangat nak belajar lagi. melangkah lebih jauh kehadapan untuk mengapai apa yang sememangnya diimpikan. bukan senang adeknan hendak mengapai apa yang adeknan inginkan sebenarnya. tahapnya terlalu sukar dan mungkin kadang-kadang masuk tahap gaban
S.4. Apakah impian Adeknan...??
hahahaha....ini soalan sukar ko tanya nih, tapi tak mengapa sebab jawapannya mudah jer pon. yes,,jawapannya saya nak mencapai apa sahaja yang membolehkan adeknan melangkah satu tapak kehadapan. adeknan sentiasa mempunyai keinginan untuk melangkah jauh kehadapan.
s.4. Untuk yang spesifik....
ko ni kan sengaja jer nk korek taik hidung masin aku.!! seganlah nak cakap, nanti orang lain mengata apa plak....huhuhuhuhu....a'aaah sudah nk merajuklah tu.... eye lh2 aku jawab. tuk impian yag betul-betul adeknan inginkan sebenarnya untuk menjadi PENSYARAH. hahaha mengarut+mengait+merepek+merapu=tapi inilah satu-satunya yang adeknan benar-benar inginkan. nak tau apa sebabnya. ini sebabnya:-
masa kat sekolah dulu di tingkatan 4 baru adeknan sedar akan masa depan. disitu bermulanya adeknan menetapkan matlamat masa depan adeknan tatkala jalanya yang sudah sempit. adeknan tidak berpeluang untuk mencapai cita-cita menjadi akauntan (tapi sekolah tak menawarkan subjek perakuanan=melepas), cita-cita menjadi pengurus kewangan (sek tak menawarkan subjek ekonomi tingkatan 6), nak jadi pegawai arkitek (pun terlabat sudah-sbb adeknan masuk kelas sastera+eko) huhuuhuhu
cuma tinggal dua sahaja cita-cita yang masih ada dihadapan adeknan iaitu jadi cikgu, dan tenaga pengajar siswa. tetapi ternyata yang kedua tu masih agak jauh untuk adeknan. Tapi itulah keinginan sebenar adeknan, bukanya tidak berminat menjadi cikgu. cuma itulah yang benar-benar ada dalam hati adeknan selama ini dari dahulu dan sekarang. perlukah adeknan mengkuburken keinginan itu suatu hari nanti kerana bila adeknan menilai diri dan status kelayakan adeknan ni lah rasanya{mcm x buleh seumur hidup jernak bernyawa pun susah nak mati pun x boleh} memang sukar kan.
S.5. Tapi kenapa adeknan memohon bidang pendidikan wlwpun adeknan tahu ingin jadi pensyarah..??
adik.. adek kena tahu adeknan ni bukanya lahir sebagai anak Datuk @ Dato', tapi adeknan lahir jer bergelar anak Bapak + Mak = petani (Bonus) lagi spesial dari adek-adek semua. So Mak, Ayah, Kakak, Kakak, Kakak dan Abang Ipar ingin sangat salah sorang daripada keluarga mereka jadi Cikgu bertauliah. maklumlahkan masa tu kakak1 dan kakak2 hanya mampu jadi cikgu sandaran sahaja. so Famili adeknan ni nak lah adeknan jadi cikgu, tambahan plak masa tu diorang nampak yang adeknan bersungguh-sungguh belajar dan akhirnya mencatatkan rekod keluarga dan rekod sekolah dapat keputusan cemerlang STPM selepas dianggap tiada harapan oleh cikgu sekolah dan orang kampung pun TERCENGANG!!!!!!!......so adeknan hanya mensruskan kehidupan lah sekarang ni mengikut aturan.
tapi baru-baru ni, adeknan melihat ada peluang yang samar-samar untuk mecapai cita-cita adeknan yang mungkin boleh dan mungkin tidak.
Saturday, November 27, 2010
Macam-macam rasa
salam satu malaysia erk........
dalam dua tiga hari ni perasaan adeknan ada rasa yang bermacam-macam, ala-ala bertemakan menu ikan siakap 3 rasa jer.....{bikin kacau dalam hati} kesnya bermula bila aku bukak protal...tang tara,,,, Iklan Untuk menjadi P_ _ _ Y_R_ _. Full berpeluh aku termenung tercengang dan terkangkang. Naseb baik x tersodok skali... Ini lah something yang betul-betul yang diinginkan dan diimpikan selama ni. bia' pa org nk cakap.
..a'aah nak mengata lah tu..... tak baik tau.. aku tau lah aku ni jahat sikit.....
sudahlah kalau x suka baca tekan jer tanda pangkah kat atas sebelah kanan tu jer.....
Ishk3..... :-(
benda ni buat wa kacau lah....x senang kepala otak walaupun dah lepas exam...huhuhu
_ Ishk kacau_
adeknan sambung balik lah....ok2...
Dengan hanya mengikut hati aku yg memang slalu main suka hati ni, so aku try pon apply resume dulu.. kakakaka copy past jer....hahaha
Tapi selepas jer dah resume tu di hantar oleh deliveryman aku ni,,, hati dh berkocak-kocak plak. Macam air kotak yang dikocak sebelum minum @ mcm main air lopak...... nampak macam sedap, tapi x sedap mana pun. ni ade 2 watak yang lagi membigitkan kepala otak wa 2, 3 hari ni.
1. "iyekeee...???????" kate xda peluang DOM
2. "iyeLEEEEEEEEE????????" plak kate ade leee (1/1000)
Iyelee: dah tu impian kita kan nak buat macam mana. tapi sayang ar,,,??????
Iyekee: apersal plak iyelee????
Iyelee: Iyelee pasal "KUALI pikation" punya pasal lo Iyekeeeeeee,,????? aku nak masak pon x menjadi....
Iyekee:
IyeKee: apa kelayakan yg diperlukan iyekee.....
Iyelee: banyak dia nak semuanya Ijazah High class mcm engineering, account, gan law. langsung xda berkaitan gan entrepreneurship and commerce yang adeknan ada tu
Iyekee: O'OOooooooh.....Iyekeeeeeeeeeeeeee?????????????
hahahaha bodoh betul!!!
so apa pendapat korang.
siapa yang betul...????
adakah anda bersetuju dengan iyekee..@ bersetuju dengan iyelee...???
so apa lagi komen n Undi lah.. undian anda tidak dikenakan sebarang cukai/kredit..
cara mengundi...
Taipkan UNDI<>nama watak cth Iyelee@Iyekee>
Sunday, November 21, 2010
Nota Kaedah penyelidikan Pendidikan~
kali ni adeknan x nk tulis benda yg x berfaedah seperti selalu. tetapi kali ini adeknan nak mengulangkaji sambil berblog....hhahahaha maklumlah kan musim BERPERANG minda sudah mula-----
- masa
- ketepatan maklumat
- kaedah membuat keputusan
- keuntungan vs kos (perbandingan
- Sensitiviti/kebolehpercayaan maklumat
b) Ciri-ciri penyelidikan santifik [ 4+4]
- Tujuan - mpunyai tujuan yg ingin dicapai
- Objektif *bebas dr bias
- Testability-Boleh diuji-
- Geralibility - kebolehterimaan
- Ketepatan *dptn kajian yg setepat mungkin dgn anggaran
- Kepastian/ketelitian - di sokong O ltrblg pengkaji
- Parstimony (cermat) *pembolehubah yg sederhana Max 5 jer
- Peniruan *klw sama gan kajian lain tu baik
- Kenalpasti Masalah
- MerekaBentuk penyelidikan
- M'gumpulkan data penyelidikan
- M'Analisis & Enterpreting data penyelidikan
- Menulis Laporan akhir gan pembentangan
kesahan merupakan ukuran ketepatan sesuatu ukuran. kesahan digunakan bertujuan bagi memastikan semua ciri yang harus ada dalam konsep diukur
Kesahan mempunyai dua jenis iaitu [3-1=2] i.kesahan dalaman ii. Kesahan Luaran
e) Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merupakan suatu ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengukur permasalahan (pemboleh ubah) secara konsisten setiap kali ia digunakan.
Tujuannya-adalah untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberi jawaoan yang sama ataupun tidak apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama pd populasi yg sama
Jenis kebolehpercayaan [3-1=2] i. kebolehpercayaan luaran ii.kebolehpercayaan dalaman
f) Kenapa Kajian Literature penting dalam kajian.[1 to 5]
- M'Bantu menentukan P'bolehUbah yg relevan dlm kajian
- M'nentukan adakah kajian seterusnya perlu dijlnkan @ x
- Mewujudkan Ranga teoritikal daripada kajian lepas.
- Bo dijadikan rujukan dlm membuat Objektif, Hipotesis, analisis data & kptsn kajian
- Mengenalpasti isu-isu terkini dengan lebih mudah.
g) Ciri-ciri Sorotan kajian yang baik
- terkini_yakni 5 tahn dan keatas sahaja
- mempunyai ukuran instrumen
- mempunyai soal selidik
- mempunyai konsep dan istilah yang tepat
- berbentuk impirikal
- menggunakan kaedh analisis data yang lepas.
h) Bab 9 - Persampelan
Konsep
- sampel=satu kump kecil yg dipilih mewakili satu kelompok peduduk yg lebih ramai yang digunakan dlm membuat keputusan bagi keseluruhan penduduk, digunakan dgn tepat/diuji terlebih dahulu.
Kategori persampelan
- persampelan Rawak
- persampelan BUKAN rawak
Persampelan RAWAK |
Persampelan BUKAN Rawak |
1. Persampelan RAWAK Mudah Sampel dipilih dpd populasi secara rawak sehingga setiap ahli dlm 1 kump mempunyai peluang yg sama untuk dipilih. Kelebihan_Jika sampel saiz besar-kaedah ini kaedah yg terbaik bg mndtpkn sampel yg representif semakin besar sampe semakin besar kemungkinan mewakili penduduk. Kekurangan._sukar menjalankan sampling, kaedah ini x menjamin bhw subkelompok yg djadikan sampel dlm populasi yg sama.
|
1.Persampelan Mudah Sampel diambil daripada pihak ke2 yang dekat dan boleh dipercayai. Cth_pemberitahuan maklumat dari teman dan jiran tetangga._tanggapan masalah umum spt siaran berita. Kelebihan_Mungkin yg paling murah @ terpantas utk mendapatkan sejumlah besar tanggapan. Kelemahan_mudah salah maklumat |
2.Pesampelan Berstrata Sampel dipilih sehingga mengikut karakteristik tertentu sampel dlm 1 populasi yg sama. Cth mengikut jantina sampel Kelebihan_ meningkatkan kemungkinan perwakilan, terutamanya apabila jika saiz sampel kecil Kelemahan_ memerlukan lebih usaha semasa menjalankan penyelidikan a.k.a Leceh.
| 2. Persampelan Bola Sajli (snow Ball) Persampelan ini melibatkan pelbagai prosedur. Responden dipilih dengan kaedah kebarangkalian. Manakala respondenn tambahan diperoleh melalui maklumat yg diberikan oleh responden yg tadi(sebelum ini)
|
3. Persampelan sistematik Dlm pendekatan ini setiap elemen penduduk adalah sampel [bermula dari 1-N] Elemen dibahagikan mengikut saiz penduduk bg mndptkan pola dlm persampelan kajian.
| 3. Persampelan Pertimbangan Nilai. Berlaku apabila penyelidik memilih ahli sampel untuk memnuhi beberapa criteria. eg, dlm mengenalpasti masalah tenaga kerja-kita ingin berbicara hanya dengan mereka yg mengalami diskriminasi tentang masalah mereka. penyelidik akan memilih sampel berdasrkan penilaian tentang beberapa ciri yg diperlukan.
|
4. Persampelan Kawasan Sampel dipilih berdasarkan kawasan dan kedudukan geografi penduduk(sampel) Lebih berkesan untuk sampel yg besar(cth banci penduduk) lebih mudah dan efisien digunakan di sekolah. Kelemahan_Ada kemungkinan sampel yg dipilih x mewakili penduduk (buat sakit hati jer)
| 4. Persampelan Kuota. Persampelan ini digunakan untuk meningkatkan perwakilan sempurna. Logic merupakan asas kepada kajian ini dijalankan. Kuota disediakan awal oleh penyelidik tentang sampel yg dipilih. |
5.PersampelanMultistage berperingkat ) Merupakan kombinasi 2 @ > teknik persampelan rawak. Melibatkan penggunaan kombinasi teknik teknik persampelan rawak yg lain. Kadang2 lebih mudah dan lebih ekonomi bagi digunakan & diaplikasikan.
|
|
Friday, November 19, 2010
Used Somebody
i was looking down at all i see
painting faces, building places i can't reach
you know that i could use somebody
you know that i could use somebody
someone like you
and all you know
and how you speak
countless lovers undercover of the street
you know that i could use somebody
you know that i could use somebody
someone like you
off in the night,
why'd you live it up?
-i'm off to sleep
waging war
to shake the cold(?)
---?
i hope it's going to make you notice
i hope it's going to make you notice
someone like me
someone like me
someone like me
somebody
(i'm waiting)
someone like you
somebody
someone like you
somebody
someone like you
somebody
i've been running around
i was looking down at all i see
Thursday, November 18, 2010
kerja seharian-berbaloi @ tidak
{gambar paling cantik masa aku tenggah sakit kepala} |
Ucapan Selamat berhari Raya
Wednesday, November 17, 2010
Di Pagi Raya.....
Monday, November 15, 2010
contoh rancangan mengajar aku----
Langkah / Masa & Isi kandungan | Aktiviti Guru | Aktiviti Pelajar | Strategi / kaedah/ ABM/ Nilai / KBKK |
Set induksi (5 minit ) Permulaan | · Guru memberi salam kepada pelajar. · Di permulaan kelas, Guru menarik perhatian pelajar dengan memaparkan slaid pengajaran dan tayangan video · Guru menyuruh pelajar meneka apakah kaitan tayangan video dengan tajuk pengajaran pada hari ini. · Guru menjelaskan bahawa video tadi adalah berkisahkan suatu keadaan yang menjelaskan bahawa keadaan yang mendorong kepada perlunya seseoran itu melanggan insurans. · oleh itu, guru memperkatakan bahawa tajuk pengajaran pada hari ini ialah insurans yang merupakan bab 2 dalam mata pelajaran perdagangan tingkatan 5. | · Pelajar menjawab salam guru. · Pelajar telah duduk dengan selesa di tempat masing-masing. Pelajar dengan teliti memerhatikan slaid di skrin tayangan. · Pelajar meneka keadaan perihal tayangan video tadi. · Pelajar memerhati dengan penuh teliti dan memberi mendengar penerangan guru tentang kaitan tayangan video dan tajuk pengajaran. | Strategi : Berpusatkan pelajar dan bahan paparan Kaedah : Mendengar dan Soal jawab ABM : Paparan slaid powerpoint Nilai : Menghormati guru, patuh pada arahan, teliti dan berkeyakinan. KBKK : Pelajar telah menjana idea dan mendapat gambaran awal tentang tajuk pengajaran. |
Langkah 1 1. (10 minit) Pengenalan insurans 2. Konsep insurans dan konsep pengumpulan risiko Jenis risiko | · Guru memulakan tajuk pengajaran dengan menerangkan dan menjelaskan tentang insurans melalui paparan slaid powerpoint. · Guru memberikan contoh-contoh untuk manambahkan tahap kefahaman pelajar. · Guru menjelaskan kepada pelajar tentang konsep insurans dan konsep pengumpulan risiko yang perlu untuk difahami oleh pelajar melalui paparan slaid. · Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang faham dengan penerangan guru tadi. · Setelah itu, guru meneruskan pengajaran dengan slaid yang berikutnya iaitu guru menerangkan pula berkenaan dengan subtajuk jenis risiko yang mana terdapat dua jenis risiko. Iaitu risiko yang boleh diinsuranskan dan tidak boleh diinsuranskan. · Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambar-gambar berkenaan jenis-jenis risiko. · Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya apa yang mereka tidak faham mengenai jenis-jenis risiko tersebut. | · Pelajar mula memberikan perhatian kepada penerangan guru. · Pelajar mendengar dengan penuh teliti bagi setiap penerangan guru dan focus kepada paparan slaid yang dipaparkan oleh guru. · Pelajar mula menunjukkan respon kepada guru dengan kemukakan contoh-contoh yang ada di fikiran mereka. · Seterusnya pelajar memberi perhatian dengan penjelasan guru berkaitan jenis-jenis risiko. · Pelajar cuba membezakan kedua-dua jenis risiko yang dijelaskan oleh guru. · Pelajar begitu tertarik dengan paparan slaid tersebut sehinggakan mereka kelihatan memberi sepenuh perhatian. · Pelajar boleh bertanya sekiranya kurang faham dengan penerangan guru. | Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan Kaedah: Penerangan dan soal jawab ABM: Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint. Nilai: Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan. KBKK: Pelajar dapat menjana minda dengan idea-idea dan pengetahuan baru dan menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman. Pelajar dapat berfikir dan membentuk kefahaman. |
Langkah 2 (10 minit) Peranan insurans | · Seterusnya, guru menerangkan tentang peranan insurans dengan paparan pada slaid yang berikutnya. · Guru menerangkan 3 peranan insurans kepada pelajar iaitu peranan kepada individu, peniaga dan negara. · Guru menambah pemahaman pelajar dengan menayangkan gambar-gambar berkenaan peranan risiko tersebut. · Guru memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka kurang jelas dengan peranan-peranan insurans tersebut. | · Pelajar memberi fokus pada penerangan guru mengenai peranan insurans. · Pelajar cuba memahami isi penting yang disampaikan oleh guru bagi setiap peranan tersebut. · Paparan slaid yang ditunjukkan oleh guru berjaya menarik perhatian pelajar dan membuatkan pelajar lebih fokus. · Pelajar mengemukakan soalan kepada guru. | Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan paparan Kaedah: Penerangan dan soal jawab ABM: Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint. Nilai: Menghormati guru, teliti, patuh pada arahan, yakin pada diri sendiri dan ketekunan. KBKK: Pelajar dapat berfikir dan menjana idea berkenaan dengan peranan-peranan insurans yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Pelajar dapat memahami setiap penerangan guru Pelajar dapat membina soalan-soalan yang dirasakan perlu untuk menambah kefahaman. |
Langkah 3 Uji Minda (10 minit) | · Selesai sahaja penerangan guru dan menjawab persoalan pelajar, guru terus kepada soalan kuiz bagi menguji tahap pemahaman pelajar. · Pada paparan slaid seterusnya, guru memaparkan kuiz uji minda dengan mempamerkan peta Malaysia yang mana mewakili 5 syarikat insurans di malaysia. · guru bertanya pelajar sama ada mereka pernah lihat atau tidak gambar-gambar berkenaan syarikat insurans tersebut. · Pada setiap gambar syarikat insurans tersebut, terdapat butang yang akan membawa pelajar kepada soalan yang mesti di jawab oleh pelajar. Maknanya terdapat 5 soalan yang mesti dijawab oleh pelajar. · Soalan yang dikemukakan itu ada perkaitan antara syarikat insurans tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari ini. · Secara tidak langsung pelajar akan mengetahui maklumat berkaitan dengan syarikat insurans dan juga memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang tajuk pengajaran. | · Pelajar mendengar arahan guru dengan teliti. · Pelajar begitu bersemangat untuk memulakan soalan kuiz ini. · Pelajar mula bersuara apabila melihat paparan permulaan slaid uji minda ini dengan tayangan peta Malaysia dan gambar syarikat insurans. · Pelajar menyatakan mereka pernah lihat gambar syarikat insurans ini tetapi kurang mengetahui tentang syarikat tersebut. · Pelajar mulakan soalan kuiz dengan memilih butang pertama pada gambar syarikat insurans yang pertama. · Pelajar membaca soalan yang dipaparkan dan cuba menjawab soalan tersebut. · Pelajar menjawab dengan teliti dan berkeyakinan sekali memilih jawapan. · Apabila jawapan yang dipilih itu adalah betul, akan terpapar slaid yang nyatakan ‘ tahniah, jawapan anda betul’ · Sekiranya jawapaan yang dipilih itu salah, akan terpapar ‘salah, cuba lagi’. · Setelah itu, pelajar akan terus kepada gambar syarikat insurans yang seterusnnya sehingga lima soalan yang diwakili oleh gambar syarikat insurans tersebut di jawab. | Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan. Kaedah: Soal jawab dalam kumpulan. ABM: Laptop, LCD projector dan slaid powerpoint Nilai: Patuh pada arahan, teliti, bekerjasama, bertanggungjawab, jujur dan yakin pada diri sendiri. KBKK: Pelajar dapat lebih memahami dengan adanya soalan-soalan pengukuhan dan dapat menguji kekuatan minda pelajar. |
Penutup (5 minit) Rumusan) | · Apabila kesemua soalan kuiz telah selesai dijawab oleh pelajar, guru membuat rumusan keseluruhan berkenaan tajuk pengajaran pada hari ini melalui persembahan pada slaid. · guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini. · Guru mengakhiri kelas dengan memberi salam kepada pelajar. | · Pelajar mendengar dengan teliti rumusan yang diterangkan oleh guru. · Pelajar secara keseluruhannya telah memperoleh ilmu yang sepatutnya dari pengajaran pada hari ini dan paparan slaid yang dapat menarik perhatian pelar untuk terus focus. · Pelajar menjawan salam guru. | Strategi: Berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah: Perbincangan. Nilai: Patuh pada arahan dan menghormati guru. KBKK: Menguji kefahaman. |