Popular Posts

Saturday, March 31, 2012

Contoh RPH~ Praktikum Perdagangan Tingkatan 4. (perniagaan dalam negeri & Saluran Agihan)



Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran                        :   Perdagangan Tingkatan 4
Tarikh / Hari                            :    9  Mac 2010
Masa                                        :   10.10 AM  -11.50 AM
Tingkatan                                :   4 Biruni
Bilangan                                  :   8 orang
Bahagian                                 :   Bab 3.0 Perniagaan Dalam Negeri                         
Topik                                       :   3.1 Perniagaan Dalam Negeri
                                                    3.2 Saluran Agihan
Sub Topik                                :   Maksud perniagaan dalam negeri
                                                    Jenis-jenis saluran agihan
Hasil Pembelajaran                  :   Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :
                                                              i.      Menerangkan maksud perniagaan dalam negeri dan peruncit
                                                            ii.      Menjelaskan bentuk-bentuk saluran agihan

KBKK                                                :  Menjana idea, kefahaman, membina pengetahuan dan membuat
     rumusan
Nilai murni                              :  Menghormati guru, bertanggungjawab, ketekunan,
   keyakinan, bersemangat, bekerjasama dan patuh.
Strategi Pengajaran                :  Berpusatkan kepada guru, pelajar dan bahan.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) :
           BBM   : Gambar-gambar,  lembaran kerja dan peta minda.

Pengetahuan Sedia ada          :  Pelajar-pelajar telah mengetahui tentang perniagaan dalam
  Negeri melalui pembacaan awal.            






AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah/Masa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Strategi/Kaedah/
ABM/ Nilai/ KBKK

Set Induksi
(5  minit)

Permulaan dengan gambaran situasi.

1. Guru  menanyakan  kepada  pelajar  pelajaran  yang  telah  dipelajari.

2. Guru menarik perhatian pelajar dengan memaparkan gambar pengajaran dan keratan akhbar sambil melakonkan babak peniaga menjual barang.  
3. Guru menyuruh pelajar meneka apakah kaitan lakonan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
3. Guru  menyatakan  tajuk  yang  akan  dipelajari dan perkaitan dengan babak lakonan tadi

1.Pelajar menyatakan  tajuk yang telah  dipelajari pada  minggu  lepas

2. Pelajar  menjawab  soalan  yang  diajukan  oleh  guru.

3. Pelajar mendengar  penerangan guru.


Strategi :-
Berpusatkan  guru  dan  pelajar
Kaedah :-
Perbincangan  dan  penerangan
ABM :-
Gambar,Papan putih dan marker,keratan akhbar.
Nilai :-
Pecaya  diri  dan  yakin
KBKK :-
Menjana  idea  dan  menghubungkait.
  
    Langkah 1
(10 minit)

Maksud perniagaan dalam negeri.

Konsep Saluran agihan

Jenis Saluran Agihan

-Guru menerangkan maksud perniagaan dalam negeri

-Guru memberi lakaran peta minda kepada pelajar mengenai perniagaan dalam negeri secara ringkas.

-Guru memberikan penerangan kepada pelajar maksud dan konsep dalam saluran agihan

Pelajar mendengar penerangan guru



Pelajar boleh menyoal untuk mendapatkan penerangan lanjut dan menjawab sekiranya guru menanyakan soalan-soalan mudah.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah:
Penerangan guru dan soal jawab

ABM:
Nota ringkas, buku teks, peta minda

Nilai:
Menghormati guru, rajin dan peka

KBKK:
Menentukan, Membanding beza dan mengelas

Langkah 2
( 10 minit)
















Faktor pemilihan Saluran Agihan

-Guru  memberi penerangan lebih lanjut jenis saluran agihan yang terlibat besertakan contoh mudah.

-Guru memberikan penerangan kepada pelajar faktor pemilihan saluran agihan besertakan contoh dan lukisan peta minda

-Guru menerangkan  contoh-contoh yang berkaitan dengan situasi pelajar.


Pelajar memberi perhatian semasa P&P disampaikan oleh guru

Pelajar  mendengar dengan teliti ketika guru sedang mengajar dan melihat contoh-contoh yang diberikan oleh guru.

Pelajar diberikan peluang untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat kekeliruan.


Strategi :-
Pemusatan guru, pelajar dan  bahan.

Kaedah :-
Perbincangan  dan  penerangan

ABM :-
Papan putih dan marker pen, gambar.

Nilai :-
ketekunan, keyakinan, berinteraksi dan memberikan perhatian

KBKK :-
Menjana  idea , hubungkait.

Langkah 3
( 10 minit)

Aktiviti pengayaan

-Guru mengarahkan pelajar menyalin nota ringkas berbentuk peta minda yang kreatif bagi tajuk yang dipelajari berserta dengan sesi soal jawab.

-Guru memantau aktiviti pelajar beserta memberikan galakkan kepada pelajar

-Guru menggunakan kata kunci bagi setiap item yang penting yang perlu diambil perhatian oleh pelajar.

-Guru memberi lembaran kerja dengan kepada pelajar.

Pelajar menjawab dan menyalin nota yang diberikan dengan kreativiti masinng-masing



Pelajar akan sedaya upaya menghafal item tersebut.



Pelajar menjawab lembaran kerja tersebut.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:
Soal jawab guru pelajar

ABM:
Lembaran nota, papan putih,lembaran kerja.

Nilai :
Hormat, peka, berusaha

KBKK:
Membuat refleksi kendiri



Penutup
(4 minit)











Membuat rumusan.

Guru menyoal pelajar beberapa soalan tentang pelajaran hari ini secara spontan dan berbentuk lisan.

Guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.

Guru menunjukkan peta konsep kreatif tentang apa yang telah dipelajari hari ini.Guru membuat rumusan tentang  topik yang diajar.

Guru mengakhiri kelas dengan memberikan salam kepada murid

Pelajar menjawab dan bersoal jawab dengan guru tentang perkara yang kurang difahami.


Pelajar mendengar dengan teliti.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:
Soal jawab guru pelajar

ABM:
Gambar

Nilai :
Hormat, peka, berusaha

KBKK:
Membuat refleksi kendiri.




Add caption
p/s~ macam Pic ni lah muke semasa Buat RPH ne.. keletihan sesangat. ingat lagi masa tu(praktikum) tapi sekarang (INTERIM) semuanya dh lain.. hik3

2 comments:

HairiAks said...

masa interim ni.. memang senang... 6 waktu.. buat dlm 1 page.. mmg senang kan.. ahhahahaha

adek_nan said...

haha,,, ko mmg da Bom! klw 6 waktu tu 3 kelas je pon kan.. I terpaksa ajar BM 24 waktu. + sivik 2 waktu de

Post a Comment

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons