Popular Posts

Thursday, March 22, 2012

DiLema dalam Mimpi TerindaH

SMK Tatau, 25 Januari 2012 hingga 30 Mac 2012 - merupakan tarikh keramat seribu satu makna dalam kehidupan. Ada turun naik dan timbul tenggelam. Segala macam ada di sini.


 "Patah Tumbuh Hilang Berganti"

Tempoh perkhidmatan sebagai Guru Interim 2012 yang kininya sudah dimansuhkan jawatan tersebut. Jawatan Interim sebelum ini di katakan di bawah kelola Skim SBPA yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 

Nak dijadikan cerita, hujung bulan ni tamatlah riwayat status guru Interim yang dipegang. jadi dipendekkan citer' mulai awal bulan depan kami akan bergelar Penganggur tegar kini kembali. So terpaksalah mencari kerja lain sementara menunggu pihak SPP mengumumkan keputusan Interview yang memakan belanja beratus-ratus tu. Umpama tak lekang duit di tangan Terpaksa dicurahkan kembali sebelum waktu masaknya. 

nak buat apa?

bak kata pepatah Ombak rindu.. "Redha Itu ikhlas &Pasrah itu berserah". Sooo nk buat ape lagi? BERSERAH jer lah. Berdoalah bebanyak supaya supaya Penempatan sebagai guru tetap akan berjalan lancar dan dipercepatkan. maklumlahkan SBPA dah dimansuhkan manakala SSM telah ditambah baikkan. dan apa yang pasti PRU13 semakin dekat dan kempen sana sini akan berterusan. 

Apa-apa pun, adeknan mengharapkan yang terbaik bukan sahaja untuk adeknan tapi kepada semua warga guru Interim yang nasibnya masih terumbang-ambing, bak kata pepatah 

"dihempas ombak kelaut, tapi ditarik balik untuk Ombak seterusnya"



p/s - Usaha Tangga Kejayaan

0 comments:

Post a Comment

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons