Saudara terfikir akan topik ini apabila semua kuliah saudara minggu ini. batalkan. Maklumlah disebabkan hal-hal yang mustahak. pemberitahuan oleh pensyarah pula ada yang sudah diberitahu awal, dan ada juga yang diberitahu last minit. lagi pun kuliah saudara pun ada tiga mata pelajaran jer yanga ada kuliah 7 jam kredit lagi tiada kuliah-tapi lebi tertumpu kepada hasil projek akhir semester. Almaklumlah pelajar semester tahun akhir-
Terasa bagai nikmat dan kepuasan yang tinggi bergelar sebagai siswa semakin dipenghujung cerita. Tahun depan kami semua kena menjalankan praktikal di sekolah-sekolah yang dipilih. Masa tu dah tak ada lagi kuliah seperti sekarang. Berbekalkan semangat inilah membuatkan saudara menguatkan diri untuk mencelikkan mata, bangun dari katil dan mandi untuk menghadiri semua kuliah semester ni. kalau boleh Saudara tak ingin menjadi seperti yang lain yang selalu tampil dengan pelbagai alasan untuk tidak menghadiri kuliah. nasib baik tak ada ambil kehadiran macam disekolah menengah dahulu yang mana guru tingkatan mengambil kehadiran semasa perhimpunan pagi seawal jam 7am lagi....nasib baik!!! Fuh????
Tidak seperti pagi sebelum ini Pagi ini satu berita gembira berbaur duka (duka nya tu sikit jer) ..?? membuatkan saudara sedikit kecewa dan perasaan berbaur gembira pun ada - apabila ketua kelas menyampaikan berita bahawa satu-satunya kuliah hari ni dibatalkan... TANG! TARA!! so ini bermakna ini adalah minggu ke-2 saudara tiada kuliah sepanjang semester nih..???
Tambahan pula, jadual pembentangan projek adalah hari ni- tapi nasib tak menyebelahi saudara. terpaksalah saudara membentangkan hasil projek saudara minggu depan jer...Yea...!!! kalau bab macam nih- saudara memang suka. maklumlah ada banyak masa lagi nak prepare apa yang patut....????
0 comments:
Post a Comment