Popular Posts

Wednesday, October 27, 2010

~kappa bahagian 1~


PENGENALAN_____________________________________

“Kappa” yang bermaksud “kanak-kanak sungai” juga dipanggil kawataro [ 川太郎 ] dalam bahasa jepun yang bermaksud lagenda. Kappa merupakan sejenis rasaksa air yang ditemui di dalam kisah dongeng jepun. Di dalam Shinto ia dipanggil sebagai salah satu daripada suijin iaitu dewa air di sungai, tasik kolam, perigi ataupun laluan air.

Suijin sememangnya sering kali digambarkan sebagai seekor ular, naga, belut, ikan, kura-kura ataupun kappa. Menurut institusi kebudayaan dan klasik jepun di universiti kokugakuin, kaum perempuan telah memainkan peranan penting di dalam sejarah pemujaan dewa air ini di jepun. Tidak dapat nafikan, ianya juga merupakan campuran pelbagai tradisi termasuk ajaran shinto, buddha dan kisah dogeng tempatan yang menjadikanya sukar untuk mengesan asal usul kappa.

Kekurangan ini ditamah lagi dengan kekurangan karya ataupun rekod bertulis shinto sebelum abad ke-8. Namun demikian bukti kewujudan kappa ternyata kesahihannya apabila mumia kappa yang ditempatkan di Tokong Zuiryuji Osaka Jepun. Mumia ini dikatakan telah ditemui pada tahun 1682 iaitu sekitar 328 tahun yang lalu.

Namun pada hari ini, kappa sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita secara disedari ataupun sebaliknya. Watak kappa kini menjadi kebiasaan di dalam pelbagai jenis produk dan media termasuklah manga anime, alat permainan, cenderahati, maskot aktiviti pemasaran dan macam-macam lagi.

Penulisan misteri Kappa pernah ditemui daripada gazu Hyakkiyagyō oleh Toiryama Sekien. Penulisan yang diterbitkan pada tahun 1776 di Gazu Hyakkiyagyō adalah empat - volume set dengan ilustrasi yang lebih daripada dua ratus perbezaan Yōkai (rasaksa).

Ilustrasi ini ditempatkan di muzium Kawasaki.

0 comments:

Post a Comment

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons