Popular Posts

Saturday, March 31, 2012

Contoh RPH~ Praktikum Perdagangan Tingkatan 4. (perniagaan dalam negeri & Saluran Agihan)



Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran                        :   Perdagangan Tingkatan 4
Tarikh / Hari                            :    9  Mac 2010
Masa                                        :   10.10 AM  -11.50 AM
Tingkatan                                :   4 Biruni
Bilangan                                  :   8 orang
Bahagian                                 :   Bab 3.0 Perniagaan Dalam Negeri                         
Topik                                       :   3.1 Perniagaan Dalam Negeri
                                                    3.2 Saluran Agihan
Sub Topik                                :   Maksud perniagaan dalam negeri
                                                    Jenis-jenis saluran agihan
Hasil Pembelajaran                  :   Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :
                                                              i.      Menerangkan maksud perniagaan dalam negeri dan peruncit
                                                            ii.      Menjelaskan bentuk-bentuk saluran agihan

KBKK                                                :  Menjana idea, kefahaman, membina pengetahuan dan membuat
     rumusan
Nilai murni                              :  Menghormati guru, bertanggungjawab, ketekunan,
   keyakinan, bersemangat, bekerjasama dan patuh.
Strategi Pengajaran                :  Berpusatkan kepada guru, pelajar dan bahan.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) :
           BBM   : Gambar-gambar,  lembaran kerja dan peta minda.

Pengetahuan Sedia ada          :  Pelajar-pelajar telah mengetahui tentang perniagaan dalam
  Negeri melalui pembacaan awal.            






AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah/Masa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Strategi/Kaedah/
ABM/ Nilai/ KBKK

Set Induksi
(5  minit)

Permulaan dengan gambaran situasi.

1. Guru  menanyakan  kepada  pelajar  pelajaran  yang  telah  dipelajari.

2. Guru menarik perhatian pelajar dengan memaparkan gambar pengajaran dan keratan akhbar sambil melakonkan babak peniaga menjual barang.  
3. Guru menyuruh pelajar meneka apakah kaitan lakonan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
3. Guru  menyatakan  tajuk  yang  akan  dipelajari dan perkaitan dengan babak lakonan tadi

1.Pelajar menyatakan  tajuk yang telah  dipelajari pada  minggu  lepas

2. Pelajar  menjawab  soalan  yang  diajukan  oleh  guru.

3. Pelajar mendengar  penerangan guru.


Strategi :-
Berpusatkan  guru  dan  pelajar
Kaedah :-
Perbincangan  dan  penerangan
ABM :-
Gambar,Papan putih dan marker,keratan akhbar.
Nilai :-
Pecaya  diri  dan  yakin
KBKK :-
Menjana  idea  dan  menghubungkait.
  
    Langkah 1
(10 minit)

Maksud perniagaan dalam negeri.

Konsep Saluran agihan

Jenis Saluran Agihan

-Guru menerangkan maksud perniagaan dalam negeri

-Guru memberi lakaran peta minda kepada pelajar mengenai perniagaan dalam negeri secara ringkas.

-Guru memberikan penerangan kepada pelajar maksud dan konsep dalam saluran agihan

Pelajar mendengar penerangan guru



Pelajar boleh menyoal untuk mendapatkan penerangan lanjut dan menjawab sekiranya guru menanyakan soalan-soalan mudah.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah:
Penerangan guru dan soal jawab

ABM:
Nota ringkas, buku teks, peta minda

Nilai:
Menghormati guru, rajin dan peka

KBKK:
Menentukan, Membanding beza dan mengelas

Langkah 2
( 10 minit)
















Faktor pemilihan Saluran Agihan

-Guru  memberi penerangan lebih lanjut jenis saluran agihan yang terlibat besertakan contoh mudah.

-Guru memberikan penerangan kepada pelajar faktor pemilihan saluran agihan besertakan contoh dan lukisan peta minda

-Guru menerangkan  contoh-contoh yang berkaitan dengan situasi pelajar.


Pelajar memberi perhatian semasa P&P disampaikan oleh guru

Pelajar  mendengar dengan teliti ketika guru sedang mengajar dan melihat contoh-contoh yang diberikan oleh guru.

Pelajar diberikan peluang untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat kekeliruan.


Strategi :-
Pemusatan guru, pelajar dan  bahan.

Kaedah :-
Perbincangan  dan  penerangan

ABM :-
Papan putih dan marker pen, gambar.

Nilai :-
ketekunan, keyakinan, berinteraksi dan memberikan perhatian

KBKK :-
Menjana  idea , hubungkait.

Langkah 3
( 10 minit)

Aktiviti pengayaan

-Guru mengarahkan pelajar menyalin nota ringkas berbentuk peta minda yang kreatif bagi tajuk yang dipelajari berserta dengan sesi soal jawab.

-Guru memantau aktiviti pelajar beserta memberikan galakkan kepada pelajar

-Guru menggunakan kata kunci bagi setiap item yang penting yang perlu diambil perhatian oleh pelajar.

-Guru memberi lembaran kerja dengan kepada pelajar.

Pelajar menjawab dan menyalin nota yang diberikan dengan kreativiti masinng-masing



Pelajar akan sedaya upaya menghafal item tersebut.



Pelajar menjawab lembaran kerja tersebut.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:
Soal jawab guru pelajar

ABM:
Lembaran nota, papan putih,lembaran kerja.

Nilai :
Hormat, peka, berusaha

KBKK:
Membuat refleksi kendiri



Penutup
(4 minit)











Membuat rumusan.

Guru menyoal pelajar beberapa soalan tentang pelajaran hari ini secara spontan dan berbentuk lisan.

Guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.

Guru menunjukkan peta konsep kreatif tentang apa yang telah dipelajari hari ini.Guru membuat rumusan tentang  topik yang diajar.

Guru mengakhiri kelas dengan memberikan salam kepada murid

Pelajar menjawab dan bersoal jawab dengan guru tentang perkara yang kurang difahami.


Pelajar mendengar dengan teliti.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:
Soal jawab guru pelajar

ABM:
Gambar

Nilai :
Hormat, peka, berusaha

KBKK:
Membuat refleksi kendiri.




Add caption
p/s~ macam Pic ni lah muke semasa Buat RPH ne.. keletihan sesangat. ingat lagi masa tu(praktikum) tapi sekarang (INTERIM) semuanya dh lain.. hik3

Tuesday, March 27, 2012

dulu tak nak, sekarang pun tak nak

Hari selasa~ sebelum turun ke bilik guru punch card! story dulu

kalau dahulu 21hb januari 2012 yang lepas, apabila adeknan dapat tahu adeknan di INTERIMkan di Sini SMK Tatau. Hati adeknan ni bagai disimbah dengan minyak tanah jer rasanya. membakar hati yang sememangnya sudah terbakar...  Tapi Kini adeknan tak tahu samaada nak bergembira atau bersedih nih,... ishk3... 2 bulan 7 hari berada di Tatau a.k.a Pekan tercinta nih... wakakakaka memang best.

tapi apakan daya

mungkin disini tidak lama, mungkin cuma sekejap cuma. Umpama haruman minyak wangi yang akhirnya akan tanggal juga apabila di cuci. Ini lah kehidupan... ada pasang surut kerana terjadinya fenomena alam siang dan malam, berlakunya bulang mengambang dan sebagainya.

apa yang penting...
adeknan akan tetap think positif kata valentine ambun.. hik3.
sebab apa?
kerana, adeknan tahu Rezeki, Jodoh, Pertemuan dan Maut itu telah ditentukan sejak azali lagi bagi mengariskan takdir hidup masing-masing oleh-Nya.

So untuk tatapan umum.. jom layan Pic ni...

with valentine ambun... Kelassss Kau Maria

Pic yang sempat adeknan tangkap gunan kamera member masa ikut beliau pergi kenduri kahwin masyarakat Iban di Rumah Panjang. yeiiiii

Saturday, March 24, 2012

Misi Tercapai

Sesi melantak - and Diet xda ruang di sini...










Last Night sempat pergi Bergasak Kat Town Bintulu...
Thanks Sume.. korang memang Sporting nak mampos!

Walaupun aku tak sure kami pergi kemana semalam... tapi xpe lah..
apa yang aku sure kitorang bergasak makan kat kedai "Stim Boat"... huhu
Sape-sape yang berminat tu bolehlah jenguk-jenguk ke bandar Bintulu cari kedai ape tu?

Yang penting Pic Last tu memang Terbaik... Udangggggggg rasanya lebih kurang 1 kilo jugak aku bedal.. hik3... 

Thursday, March 22, 2012

DiLema dalam Mimpi TerindaH

SMK Tatau, 25 Januari 2012 hingga 30 Mac 2012 - merupakan tarikh keramat seribu satu makna dalam kehidupan. Ada turun naik dan timbul tenggelam. Segala macam ada di sini.


 "Patah Tumbuh Hilang Berganti"

Tempoh perkhidmatan sebagai Guru Interim 2012 yang kininya sudah dimansuhkan jawatan tersebut. Jawatan Interim sebelum ini di katakan di bawah kelola Skim SBPA yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 

Nak dijadikan cerita, hujung bulan ni tamatlah riwayat status guru Interim yang dipegang. jadi dipendekkan citer' mulai awal bulan depan kami akan bergelar Penganggur tegar kini kembali. So terpaksalah mencari kerja lain sementara menunggu pihak SPP mengumumkan keputusan Interview yang memakan belanja beratus-ratus tu. Umpama tak lekang duit di tangan Terpaksa dicurahkan kembali sebelum waktu masaknya. 

nak buat apa?

bak kata pepatah Ombak rindu.. "Redha Itu ikhlas &Pasrah itu berserah". Sooo nk buat ape lagi? BERSERAH jer lah. Berdoalah bebanyak supaya supaya Penempatan sebagai guru tetap akan berjalan lancar dan dipercepatkan. maklumlahkan SBPA dah dimansuhkan manakala SSM telah ditambah baikkan. dan apa yang pasti PRU13 semakin dekat dan kempen sana sini akan berterusan. 

Apa-apa pun, adeknan mengharapkan yang terbaik bukan sahaja untuk adeknan tapi kepada semua warga guru Interim yang nasibnya masih terumbang-ambing, bak kata pepatah 

"dihempas ombak kelaut, tapi ditarik balik untuk Ombak seterusnya"



p/s - Usaha Tangga Kejayaan

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons