Popular Posts

Friday, November 18, 2011

GAUMAN HARIMAU MUDA MASIH KENTAL

Khamis 17/11/2011, siaran TV3 mengalami perubahan mendadak setelah sekian lama tidak meyajikan perlawanan bola sepak temparan setelah sekian lama.

Semalam,, skuad Harimau Muda Negara mengaum garang menewaskan Pasukan tuan rumah Indonesia dalam merebut tempat ke peringkat separuh akhir di Temasya Sukan SEA 2011.

Pasukan Malaysia Menang dengan agreget 3 mata apabila menewaskan pihak tuan rumah dengan gol 1 - 0. Gol Tunggal dijaringkan oleh oleh Syahrul Azwani Ibrahim seawal minit ke 17 yang membolehkan pasukan Harimau Muda mendahului perlawanan dengan kelebihan 1 gol sehingga tamat perlawanan dan kemenangan memihak  kepada pasukan Harimau Muda Malaysia bimbingan Kim Swee.

Antara aksi menarik dalam perlawanan Pasukan Harimau Muda menentang Tuan Rumah Sukan SEA 2011, Indonesia

Menjadi satu kegembiraan dan kemenangan diraikan oleh para penyokong di stadium yang dipenuhi penyokong tuan rumah indonesia. Namun peminat tempatan tampak lebih teruja dengan sorakan dari rumah mahupun kedai2 mamak atau kedai makan di seluruh malaysia meraikan gol kemenangan malaysia.

Akan Datang, Pasukan Harimau Muda Malaya akan menentang Naib Juara Kumpulan B, Myanmar manakala Pasukan Tuan Rumah Indonesia akan menentang Juara Kumpulan B, Vietnam yang dijadualkan pada 19 November 2011 iaitu pada hari sabtu.

seperti yang sedia maklum, rakyat malaysia yang juga peminat bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung (LIVE) di saluran siaran rasmi Sukan SEA 2011 iaitu TV3 atapun melalui salurabn Astro Arena 801.

Dengan Itu, diseru semua rakyat Malaysia berdoa agar pasukan Harimau Muda kita tetap kekal mengekalkan kejuaraan mereka seterusnya memartabatkan lagi industri bola sepak negara.....

Thursday, November 17, 2011

REGATTA SIBUTI 2011

Assalamualaikum... 

Apa khabar dan selamat sejahtera semua....


MInggu ni adeknan nak share kan sedikit sebanyak keterujaan adeknan..
sebenarnya adeknan sedikit teruja untuk bersuka ria di karnival REGATTA SIBUTI 2011 yang sudah mula kemeriahannya terasa sejak semalam lagi....

Mercu Tanda Pekan Bekenu, Miri Sarawak, kelapa sawit terbesar di Dunia

Masih ramai yang tidak mengerti apakah itu regatta. actually regatta merupakan acara yang diraikan di kebanyakan tempat di Negeri Sarawak seperti di Sibuti, Marudi dan banyak tempat lagi, atau lebih dikenali sebagai karnival yang diraikan di Sarawak.... especially di kawasan yang mempunyai sungai-sungai yang pernah menjadi nadi penghubung penempatan penduduk Sarawak dan  kini menjadi nadi kepada Regatta itu sendiri..

Antara bentuk acara yang dijalankan adalah seperti...

1. Lumba Bot berkuasa TINGGI.
Untuk acara nih, setiap kampung ataupun setiap daerah yang berhampiran akan menghantar wakil masing-masing. untuk merebut gelaran juara. terdapat pelbagai corak dan reka bentuk yang sangat menarik bagi mengambarkan semangat dan ciri kampung atau komuniti yang diwakili akan menjanjikan keterujaan dikalangan penonton dan gunakan peserta yang hadir.

2.  Lumba Perahu.
acara ni, akalau tak silap adeknan ada 3 kategori, kategori lelaki, kategori perempuan dan kategori campuran. Setiap perahu melibatkan 8 orang pendayung yang akan  mendayung sejauh lebih kurang 500meter di dalam trek yang disediakan.

3. Lain-Lain Acara. 
  antaranya ialah, karaoke bintang sibuti, pertandingan ratu regatta pun ada, sukan rakyat dan macam-macam lagi.

Perahu Unik (kecil) dan Perahu Lumba yang digunakan untuk acara Lumba Perahu

Apa yang pasti ramai yang sudah exited nak tengok team kampung masing-masing beraksi.  tidak ketinggalan TEAM kampung Tiris juga menghantar team yang kental untuk lumba perahu.. hahahaa  bak pantun orang Kedayan....
"     "
Anik-anik daun jalayan,
Sungguhnya anik pembungkus nasi,
Walaupun anik orang kedayan,
Sungguhnya anik beranii mati.
"      "
So apa kata kita beramai-ramai pergi memeriahkan sambutan regatta sibuti 2011 pada 17 hingga 20/11/2011 di water Front esplanade Bekenu... Karnival Jualan kraff/makanan/minuman/dan banyak lagi menanti anda....

Cerita TammaT

Tuesday, November 15, 2011

Can't Wait anymore,,,, Cause now I Know What I Want!!~~

Ini Yang ada kat kepala Otak adeknan sekarang nih.

adeknan tak sabar
TAK SABAR NAK MEMULAKAN BISNES SENDIRI.....

Tapi sebelum tu, mestilah kena ada keja tetap dulu kan. almaklumlah kan... nak cari duit a.k.a Modal ni bukan senang,,,

betul?? adeknan stuju... memang boleh buat Loan gan Bank~ lagi pun belambak Bank kat Malaysia Nih.....

Bukan Tak tau cara nak pinjam~~ cuma adeknan kalau boleh nak mulakan perniagaan awal adeknan nih biar lah dengan duit adeknan sendiri dulu.....  tambahan pulak ekonomi negara ni yang semakin tak tentu hala nih...

adeknan tau/ terlalu banyank benda yang akan perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan bukan.
Tapi kalau kita takut nak mencuba terus dan terlalu berhati-hati je... sampai bila pun kita tak akan dapat mulakan perniagaan kita kan...

adeknan kadang2 geram jugak gan Orang sekeliling adeknan,,, (memang ini kot yang dirasakan bagi setiap peniaga tu dulu kan) hahahahahaa........

Tapi apa yang pasti adeknan akan terus dengan matlamat adeknan. adeknan tak mahu hanya hidup untuk meneruskan hidup semata-mata.. adeknan nak menikmati hidup dengan melakukan apa yang adeknan inginkan selama nih!....

Mungkin bukan sekarang, atau mungkin bukan pada masa yang terdekat nih, tapi adeknan akan mulakan perniagaan adeknan sebelum adeknan berumur 27 tahun. isyaallah....

p.s doakan adeknan agar success k? wslm

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons