Hasrat tercipta tatkala memikirkan tentang kehidupan yang sering berhadapan dengan pelbagai peristiwa dan suasana yang berbeza. "Perubahan" perlukah melakukan sebarang perubahan dengan diri ini. perubahan iaitu bergerak dari sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain mungkin diperlukan oleh kita semua. Namun bentuk dan jenis perubahan itu bergantung kepada akal kita untuk menentukannya.
Sebenarnya sebarang hasrat untuk berubah bukan mudah untuk dilaksanakan. Secara peribadi diri ini pun susah untuk berubah dari suatu tahap ke satu tahap. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sukarnya untuk melakukan perubahan itu. Sebagai contoh hasrat yang dahulunya untuk berubah jadi lebih MATANG sedikit X pernah terjadi pun....hahahaha....ishk3 mungkin kerana kuasa menentang perubahan yang ada pada diri ini. Maklumlah, diri ini merupakan seorang yang agak kuat memberontak dan tidak suka ditentukan melainkan menentukan cara hidup sendiri. faktor menolak perubahan seperti kata hati yang memberontak, sikap subordinat, serta tidak cukup sumber ataupun hati dan kehendak ini tidak mempunyai persefahaman sememangnya kuat bergolak dengan hasrat dan angan-angan yang menjdai sekadar angan tu......hak3...hanya aku sahaja yang tahu rasanya....hihihihi
Namun pengalaman banyak memberikan pengajaran dan dugaan yang tidak terhinga. Pengalaman tetap menjadi pengajar utama untuk menuju kejayaan. dalam pengurusan perubahan ada menyebut "orang yang berjaya belajar daripada kesilapan dan bukannya daripada kejayaan yang dikecapinya"
Ada betulnya kata-kata ini apabila kita bertanyakan kepada diri kita bukan? kegagalan merupakan salah satu proses kehidupan dan pembesaran yang akan dialami oleh setiap manusia itu. harus diingat, kegagalan dan kekecewaan bukanya satu penamat bagi semua.
so kepada sesiapa sahaja yag ingin melakukan perubahan tu,,, fikir-fikirlah dengan mendalam terlebih dahulu "adakah perubahan itu diperlukan dan merupakan perkara yang anda betul-betul inginkan" jangan jadi seperti diri ini yang hanya main redah dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berubah kerana aku adalah aku....>>> :-)
0 comments:
Post a Comment