Popular Posts

Sunday, June 30, 2013

Pantun Kedayan....

Pantun kedayan dalam erti kata lain "bermukun" adalah tradisi lama bangsa Minoriti di Sarawak iaitu bangsa Kedayan. bangsa Kedayan is simillar to melayu Brunei or melayu Limbang. So tiada perbezaan budaya diantara warga Berbangsa Melayu and Kedayanian. salah satu keistimewaan orang kedayan ialah, Majlis Bermukun iaitu keramaian yang dijalankan apabila meraikan apa jua perayaan. sama ada kenduri Makan Tahun "kenduri doa Selamat yang dijalankan setiap tahun oleh penduduk setiap kampung". majlis perkahwinan or Hari Raya.. atau apa saja yang diinginkan....

So Selamat berhibur dan cubalah practice macam mana hendak melagukan pantun KEDAYA ni... 
Good Luck

(L)
pergi kuala bermain layang
singgah sebentar ke tasik cini
kalawlah bukan kerna si dayang
manalah kami jadi begini

(P)
datanglah yang berdayung
ku pancung tinggal hingga kemari
ku tinggalah kpg tinggallah halaman
ku tahu abang datang ke mari

(L)
kucing lah kurus menggaru papan
papan di garu si kayu jati
badan ku kurus bukan tak makan
tapi mengenang si jantung hati

Toleh kanan toleh kiri 
toleh depan tapi bukan belakang
pukul lima jumpa dayang
balik-balik mak bapak nya yang datang

(P)
adalahnya sudah geliga batu
apalah salah jln ke kota
klw lh sudah abang kata begitu,
malam ini kita berjumpa

Toleh kanan Toleh kiri
Toleh depan tapi bukan belakang
Pukul Lima jumpa abang
balik-balik mak bapaknya yang ada

(L)
andai kapahat sama ke pahat
sama ke pahat beli pelikat
andai sepakat sama sepakat
gunung berayun dapat diangkat
(P)
Nanasnya Paoh Nanasnya Belanda,
Ku Makan Nanas Terasa Gula,
hujanlah setahun panasnya sehari
telaga kering penuh semula

renung-renung di mata renung renung dihati
yang baju merah memikat hati

(L)
janganlah dayang lompat di batu
dari melaka berjalan kaki
janganlah dayang kata begitu
Luka Yang Lama darah kembali

tenung-tenung di mata, tenung-tenung dihati
senyum mu sayang menawan hati

(P)
kalau ku harap kelapa tuan
kelapa tuan kelapa bali
harap ku harap pada mu abang
tiada abang siapa lagi

(L)
buahlahnya lada buah kuini
kiri kapas kanan sengkuang
apalah yang ada diriku ini
kiri terlepas kanan terbuang

tenung-tenung di mata, tenung tenung di hati
dayang lah ____ menawan hati

(P)
andailahnya sudah ke batu 2
mlm ini pasang pelita
cintanya lah gagal kali pertama
kau coba lagi kali ke-2

renung-renung di mata, renung renung dihati
abang seorang memikat hati



Tamat


p/s- utk pengetahuan pihak lelaki yang ikut berpantun ini biasanya yang menjual pantun sambil berjoget lambak....

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons