Popular Posts

Monday, July 26, 2010

BERUK BaD Guy's

Berukk....
apabila kita menilai dan mengamati kehidupan beruk... ianya seakan-akan seperti manusia yang mempunyai kehidupannya yang tersendiri. Namun beruk tetap beruk, manusia tetap manusia. Seperti yang kita sedia maklum dari dulu lagi, Darwin sendiri mengetengahkan teori kejadia manusia adalah berasal daripada perubahan evolusi fizikal beruk. Tang tara....merepek bukan? ? ? sejak dahulu hinggalah sekarang ni teori ini tetap menjadi perdebatan kerana teori ini ternyata bertentangan dengan ajaran agama yang memberitahu bahawa manusia berasal daripada keturunan Adam yang dijadikan daripada tanah dan Hawa yang dijadikan daripada tulang rusuk Adam.
Tetapi apabila kita mengimbau kembali era kemajuan manusia masa kini? mungkin teori beruk ini boleh dinilai semula. bukan berdasarkan kejadian teori seperti yang dimaksudkan Carls Darwin tu. Tetapi simbolik kepada perbuatan sesetengah individu kota dan desa yang kian memBERUK. Sikap, perbuatan dan ketakamakkan manusia dilihat melebihi tabiat yang ada pada seekor beruk. Mungkin kerana kita mudah dikuasai dengan empat sifat hati yang kita miliki iaitu sifat buas, binatang, syaitan dan tuhan. Dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapi semasa misalnya mudah membuatkan hati menjadi marah dan ia melahirkan sifat buas seumpama buas, maki hamun, bermusuhan dan bersengketa. dan apabila hati manusia dikuasai oleh nafsu syahwat, lahirlah sifat binatang yang ada pada setiap insan. namun apa yang penting kita lebih bersatu dengan hati dan pandai mengawal emosi-kerana emosi menjadi punca kepada kebinatangan dan keBERUKkan sifat kita. bersambung.,

Friday, July 23, 2010

Llife doesn't need to be perfect, It's just has to be live

Salah seprang watak dalam drama bersiri yang dikagumi mengeluarkan dialog ini. dia berkata kepada dirinya sendiri "Life doesn't need to be perfect, It's just has to be live" . kata-kata ini amat mendalam maknanya apabila kita menghayati maksud tersebut. kehidupan ini tak semestinya sempurna, kita cuma perlu hidup.
Mungkin kata-kata ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai falsafah dalam hidup kita yang simple dan singkat. Bebaloi rasanya apabila kita mendongak kelangit dan melihat kekuasaan Allah s.w.t. Setiap kita ini dilahirkan dengan takdirnya yang tersendiri. bergantung kepada kita untuk menentukan jalan yang kita pilih. Untuk memberikan suatu input yang berharga tentang diri rasanya diri ini kurang sesuai. tetapi sekadar berkongsi Ideologi kepada semua pembaca yang ada. Mungkin kadangkala kita terfikir bahawa kita merasakan kehidupan kita terlalu rumit, banyak masalah dan sebagainya. Memandang kepada kelemahan diri bukan satu keganjilan bagi setiap makluk yang bergelar manusia ini. Manusia semuanya sama tidak terlepas daripada menilai diri dengan membandingkan dengan orang lain.
Mungkin cara terbaik dalam meneruskan kehidupan kita ini, kita perlu bersyukur kepada tuhan tentang kejadian kita, takdir kita dan ketentuan kita. Namun dalam masa yang sama jagan lupakan doa agar kita tetap berada dijalanya dan tidak terlalai dengan semua yang mengoda....

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons