Popular Posts

Friday, September 14, 2012

selamat bekerja

Salam...
..
....
......
Bunga cendana di atas kertas,
Singgah sana sebelum ke kelas,
Walaupun kekadang rasa malas,
Tetap ku gagahkan diri masuk ke kelas.


sekian terimakasih.

Friday, May 18, 2012

Funny Esei = Oleh student

salam semua.
setelah sekian lama adeknan tidak menulis, kali ni adeknan memang kena menulis jugak kat ruangan ni. almaklumlah kan adeknan digemparkan dengan esei ni.. hahaha


well inilah hasilnya... Lucu nak mampos! adeknan selaku cikgu. baca sambil tergolek... hahahahahahaha
Tapi walau bagaimanapun tahap niat kutukan student ni terhadap adeknan, adeknan tetap bagi A dengan beliau. Student yang macam ni lah yang kreatif dan berani. I like it alot.

Menurut pandangan adeknan, pelajar ni mesti pernah TRAUMA melaihat gelagat cikgunya gelak sebelum ini. Almaklumlah, adeknan ni kalau gelak memang happening.. hahahahahahaha

Tapi tetap ada satu tanda tanya di fikiran adeknan,<adakah adeknan tersalah ajar or adeknan ni ajar ajaran sesat nih adeknan pun Compius> hahahahaha

P/s - Usaha membentuk pelajar kreatif tetap berada di landasan yang betul< dan ini hanyalah satu langkah pertama, kerana mereka sudah berfikir di luar kotak pemikiran biasa. TQ.

Tuesday, April 3, 2012

"Long Hair" aku Rindu

Rambut? 
Rambut merupakan mahkota bagi sesetenggah orang.. bagi adeknan pun lebih kurang macam tu lah. dah bermacam-macam fesyen rambut adeknan telah praktikkan sehingga kini. 

dalam masa dua tiga hari ni adeknan rindukan rambut panjang adeknan yang dulu. almaklumlah kan setelah mempunyai karier yang masih ada pasang surut ni. kena jaga semuanya. 

Untuk melepaskan kerinduan. kita layan pic yang mana adeknan dulunya berambut panjang ok, (walaupun xda lah panjang sangat)

With Uncle Maniam_ 
P/s- Mulut dia ni masin (pernah ckp kat adeknan bahawasanya adeknan suatu hari nanti akan jadi PA YB. Perghhh memang terjadi! Thanks Uncle Maniam


Ambikk Pic sendiri a.k.a Perasan


Buat-Buat rajin masa ni, ada bos tengok kitowang wat keje


Masa fikirkan Stail apakah yg sesuai nak gunting rambut!


Opss Yg ni x termasuk Ok! hehe
* adeknan tengah berusaha nak memanjangkan rambut! so sesiapa yg ada tips penjagaan rambut boleh lah share ok. coz adeknan ada masalah kelemumur setiap kali berambut panjang walaupun menggunakan shampoo anti dandruff skali pun.
TQ.

Ceritera Tammat

Monday, April 2, 2012

andai aku diberi peluang memilih~

andai adeknan ada kuasa memilih nih.. sudah tentu adeknan akan membuat pilihan yang adeknan rasa terbaik.
kenapa tiba-tiba timbul isu ini. jawapanya mudah sahaja. ini kerana adeknan termaku kaku disini(di rumah) macam batu tak tahu nak buat apa. x berdaya nak jalan-jalan kesana sini. sesungguhnya adeknan apa yang adeknan betul-betul inginkan pada masa kini adalah kehidupan enjoy adeknan semasa adeknan bekerja di Miri City.  Hampir tiap malam adeknan meroyan dan berjalan-jalan di pusat bandar. 

P/s- U know what. I just miss watching movie on the weekend, having a pizza during my lunch or just go window shopping every days.

jom layan Pic lama adeknan


macam ne lah hasilnya.. duduk kemertu dalam rumah sepanjang hujung minggu.

nota kaki!!!~~ akunak posting di Miri City.. !!!!!!! (kalaw boleh lah)

Saturday, March 31, 2012

Contoh RPH~ Praktikum Perdagangan Tingkatan 4. (perniagaan dalam negeri & Saluran Agihan)



Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran                        :   Perdagangan Tingkatan 4
Tarikh / Hari                            :    9  Mac 2010
Masa                                        :   10.10 AM  -11.50 AM
Tingkatan                                :   4 Biruni
Bilangan                                  :   8 orang
Bahagian                                 :   Bab 3.0 Perniagaan Dalam Negeri                         
Topik                                       :   3.1 Perniagaan Dalam Negeri
                                                    3.2 Saluran Agihan
Sub Topik                                :   Maksud perniagaan dalam negeri
                                                    Jenis-jenis saluran agihan
Hasil Pembelajaran                  :   Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :
                                                              i.      Menerangkan maksud perniagaan dalam negeri dan peruncit
                                                            ii.      Menjelaskan bentuk-bentuk saluran agihan

KBKK                                                :  Menjana idea, kefahaman, membina pengetahuan dan membuat
     rumusan
Nilai murni                              :  Menghormati guru, bertanggungjawab, ketekunan,
   keyakinan, bersemangat, bekerjasama dan patuh.
Strategi Pengajaran                :  Berpusatkan kepada guru, pelajar dan bahan.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) :
           BBM   : Gambar-gambar,  lembaran kerja dan peta minda.

Pengetahuan Sedia ada          :  Pelajar-pelajar telah mengetahui tentang perniagaan dalam
  Negeri melalui pembacaan awal.            






AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah/Masa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Strategi/Kaedah/
ABM/ Nilai/ KBKK

Set Induksi
(5  minit)

Permulaan dengan gambaran situasi.

1. Guru  menanyakan  kepada  pelajar  pelajaran  yang  telah  dipelajari.

2. Guru menarik perhatian pelajar dengan memaparkan gambar pengajaran dan keratan akhbar sambil melakonkan babak peniaga menjual barang.  
3. Guru menyuruh pelajar meneka apakah kaitan lakonan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.
3. Guru  menyatakan  tajuk  yang  akan  dipelajari dan perkaitan dengan babak lakonan tadi

1.Pelajar menyatakan  tajuk yang telah  dipelajari pada  minggu  lepas

2. Pelajar  menjawab  soalan  yang  diajukan  oleh  guru.

3. Pelajar mendengar  penerangan guru.


Strategi :-
Berpusatkan  guru  dan  pelajar
Kaedah :-
Perbincangan  dan  penerangan
ABM :-
Gambar,Papan putih dan marker,keratan akhbar.
Nilai :-
Pecaya  diri  dan  yakin
KBKK :-
Menjana  idea  dan  menghubungkait.
  
    Langkah 1
(10 minit)

Maksud perniagaan dalam negeri.

Konsep Saluran agihan

Jenis Saluran Agihan

-Guru menerangkan maksud perniagaan dalam negeri

-Guru memberi lakaran peta minda kepada pelajar mengenai perniagaan dalam negeri secara ringkas.

-Guru memberikan penerangan kepada pelajar maksud dan konsep dalam saluran agihan

Pelajar mendengar penerangan guru



Pelajar boleh menyoal untuk mendapatkan penerangan lanjut dan menjawab sekiranya guru menanyakan soalan-soalan mudah.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah:
Penerangan guru dan soal jawab

ABM:
Nota ringkas, buku teks, peta minda

Nilai:
Menghormati guru, rajin dan peka

KBKK:
Menentukan, Membanding beza dan mengelas

Langkah 2
( 10 minit)
















Faktor pemilihan Saluran Agihan

-Guru  memberi penerangan lebih lanjut jenis saluran agihan yang terlibat besertakan contoh mudah.

-Guru memberikan penerangan kepada pelajar faktor pemilihan saluran agihan besertakan contoh dan lukisan peta minda

-Guru menerangkan  contoh-contoh yang berkaitan dengan situasi pelajar.


Pelajar memberi perhatian semasa P&P disampaikan oleh guru

Pelajar  mendengar dengan teliti ketika guru sedang mengajar dan melihat contoh-contoh yang diberikan oleh guru.

Pelajar diberikan peluang untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat kekeliruan.


Strategi :-
Pemusatan guru, pelajar dan  bahan.

Kaedah :-
Perbincangan  dan  penerangan

ABM :-
Papan putih dan marker pen, gambar.

Nilai :-
ketekunan, keyakinan, berinteraksi dan memberikan perhatian

KBKK :-
Menjana  idea , hubungkait.

Langkah 3
( 10 minit)

Aktiviti pengayaan

-Guru mengarahkan pelajar menyalin nota ringkas berbentuk peta minda yang kreatif bagi tajuk yang dipelajari berserta dengan sesi soal jawab.

-Guru memantau aktiviti pelajar beserta memberikan galakkan kepada pelajar

-Guru menggunakan kata kunci bagi setiap item yang penting yang perlu diambil perhatian oleh pelajar.

-Guru memberi lembaran kerja dengan kepada pelajar.

Pelajar menjawab dan menyalin nota yang diberikan dengan kreativiti masinng-masing



Pelajar akan sedaya upaya menghafal item tersebut.



Pelajar menjawab lembaran kerja tersebut.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:
Soal jawab guru pelajar

ABM:
Lembaran nota, papan putih,lembaran kerja.

Nilai :
Hormat, peka, berusaha

KBKK:
Membuat refleksi kendiri



Penutup
(4 minit)











Membuat rumusan.

Guru menyoal pelajar beberapa soalan tentang pelajaran hari ini secara spontan dan berbentuk lisan.

Guru memberi ucapan syabas kepada pelajar kerana memberi kerjasama pada guru pada kelas pengajaran hari ini.

Guru menunjukkan peta konsep kreatif tentang apa yang telah dipelajari hari ini.Guru membuat rumusan tentang  topik yang diajar.

Guru mengakhiri kelas dengan memberikan salam kepada murid

Pelajar menjawab dan bersoal jawab dengan guru tentang perkara yang kurang difahami.


Pelajar mendengar dengan teliti.

Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:
Soal jawab guru pelajar

ABM:
Gambar

Nilai :
Hormat, peka, berusaha

KBKK:
Membuat refleksi kendiri.




Add caption
p/s~ macam Pic ni lah muke semasa Buat RPH ne.. keletihan sesangat. ingat lagi masa tu(praktikum) tapi sekarang (INTERIM) semuanya dh lain.. hik3

Tuesday, March 27, 2012

dulu tak nak, sekarang pun tak nak

Hari selasa~ sebelum turun ke bilik guru punch card! story dulu

kalau dahulu 21hb januari 2012 yang lepas, apabila adeknan dapat tahu adeknan di INTERIMkan di Sini SMK Tatau. Hati adeknan ni bagai disimbah dengan minyak tanah jer rasanya. membakar hati yang sememangnya sudah terbakar...  Tapi Kini adeknan tak tahu samaada nak bergembira atau bersedih nih,... ishk3... 2 bulan 7 hari berada di Tatau a.k.a Pekan tercinta nih... wakakakaka memang best.

tapi apakan daya

mungkin disini tidak lama, mungkin cuma sekejap cuma. Umpama haruman minyak wangi yang akhirnya akan tanggal juga apabila di cuci. Ini lah kehidupan... ada pasang surut kerana terjadinya fenomena alam siang dan malam, berlakunya bulang mengambang dan sebagainya.

apa yang penting...
adeknan akan tetap think positif kata valentine ambun.. hik3.
sebab apa?
kerana, adeknan tahu Rezeki, Jodoh, Pertemuan dan Maut itu telah ditentukan sejak azali lagi bagi mengariskan takdir hidup masing-masing oleh-Nya.

So untuk tatapan umum.. jom layan Pic ni...

with valentine ambun... Kelassss Kau Maria

Pic yang sempat adeknan tangkap gunan kamera member masa ikut beliau pergi kenduri kahwin masyarakat Iban di Rumah Panjang. yeiiiii

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons