Popular Posts

Friday, February 3, 2012

Kebingungan.... Blurrrrr (:-))

Bagi sesetengah Orang, Sesi Interview ataupun lebih dikenali dengan sesi temuduga. Namun, Ianya merupakan perkara yang sama. Bila kita mula belajar dan cuba mempersiapkan diri kita untuk menghadapinya. Seperti Juga adeknan yang baru sahaja ditemuduga untuk jawatan yg dirahsiakan... Ishk3

So kali ni adeknan akan story kan sedikit sebanyak peristiwa yang adeknan hadapi semalam. 


Entah berapa Kali aku Jatuh Cinta dengan Dia Nih,, Ishk3

cerita bermula

Suatu pagi yang indah semalam tanggal (02/02/12) merupakan tarikh keramat yang adeknan dan rakan-rakan tunggu. Sungguh adeknan gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan. 

namun penantian dari jam 8.00am sehingga jam 1.20pm merupakan satu penyiksaan bagi adeknan dan rakan-rakan. kami terpaksa menanti giliran kami (yg terakhir) untuk ditemuduga.. Segala Macam ada dalam kepala otak kami masa tu. yang paling ketara/menonjol adalah KELAPARAN yang tak terhingga. 

Adeknan Sempat juga bertanya dan bemesra dengan pegawai Terbabit berkenaan bilakah keputusan temuduga tersebut boleh diketahui. Dan kami dimaklumkan bahwasanya, paling cepat kita tahu adalah 4 minggu selepas sesi temuduga tersebut.  

Sungguh adeknan hilang akal bila berada di dalam bilik temuduga. Nota yang dihafal entah hilang kemana. Hilang Semuanya,, entah kenapa.. begitu juga rakan-rakan. kami saling tolong menolong.. apa yang pasti adeknan hanya mampu mengatakan ungkapan ini sahaja....

Redha Itu Ikhlas
Pasrah itu menyerah
&
Tawakal itu berserah 


Ceritera Tammat / The End 

p/s -Thanks to Fiza and Family Coz Tumpangkan adeknan semalam ke KWSP buat akaun and hantar ke Hotel... Thanks a lot.

Saturday, January 14, 2012

Pengenalan Pengurusan Kewangan


Tajuk 1: Matlamat Pengurusan Kewangan.
____________________________________________________________________________
Pengenalan

Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan mengurus dan merancang sebenarnya seseorang itu mengurus dan merancang untuk kegagalan. Kegagalan merancang kewangan dengan bijak merupakan punca utama seseorang individu terjebak dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.
Seseorang yang mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkan seseorang itu mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
Perancangan kewangan adalah satu aktiviti yang dikawalselia oleh undang-undang. Individu yang ingin menjadi "Perancang Kewangan Bertauliah" perlu mendapat lesen daripada SC (Jadual 2, Capital Markets and Services Act 2007).

Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya." (Suruhanjaya Sekuriti).
Dari sudut semasa, industri perancangan kewangan telah lama wujud di Malaysia tetapi bukan dalam bentuk satu disiplin profesional seperti yang ada sekarang. Diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 2004 apabila SC menjadikan perancangan kewangan sebagai satu aktiviti yang memerlukan lesen.


____________________________________________________________________________
Konsep perancangan kewangan menurut Islam

Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Mengikut kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah adalah pahala yang besar.
Perancangan kewangan menurut Islam adalah satu proses di mana matlamat kewangan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah" (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95).
Sebagai agama yang sempurna Islam mengajar umatnya agar sentiasa mempunyai perancangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi al Quran dan sunnah. Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 67 yag menegaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan jangan bergantung kepada satu pendekatan semata-mata tetapi perlulah mempelbagaikan pendekatan dan strategi. Setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan maka hendaklah bertawakal kepada Allah. Ayat 47-48 di dalam surah yang sama Allah menegaskan pentingnya perancangan sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah di kemudian hari.
Di dalam ayat 9, surah al-Nisa' juga Allah tegaskan perkara yang sama bahawa perlunya mempunyai perancangan untuk masa depan keluarga dan hendaklah bijaksana dalam menguruskan harta/kewangan.
Sebagaimana dalam surah al Hasyr ayat 18. Ayat ini cukup jelas menyentuh tentang kepentingan perancangan dalam kehidupan, kerana masa depan bergantung kepada perancangan kita hari ini selain daripada ketentuan Allah.
Perancangan kewangan juga merupakan salah satu daripada sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W. menurut perspektif islam, perancangan dan pengurusan kewangan mensasarkan sebagai satu wasilah bagi mencapai hasanah di dunia dan di akhirat sebagai matlamat akhirnya. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya.
Pengurusan kewangan menurut islam turut mengambil kira komponen-kompenen moden seperti pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf. Tedapat dua aspek yang dititikberatkan dalam pengurusan kewangan Islam iaitu:-

1.    Bagaimana harta itu diperolehi, yang menitikberatkan kaedah pemilikan harta secara halal dan melibatkan pemilikan dan jual beli yang sah sama ada tentang barangan niaga, hadiah dan apa jua harta yang dimiliki.
2.    Bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun sebaliknya. Islam membataskan pengurusan kewangan umatnya kearah kebaikan sahaja dan bukannya untuk kemudaratan sama ada kepada pihak lain ataupun diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?" Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Secara ringkasnya pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan.
____________________________________________________________________________
Mengapakah kita memerlukan perancangan kewangan?

Pada setiap fasa hidup kita sama ada semasa bujang, semasa berumahtangga, mempunyai anak sehinggalah bujang sekali lagi, kita mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan  kehendak kewangan yang berbeza-beza mengikut keperluan. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang  dan cabaran yang berbeza. Kehendak dan keperluan turut berubah manakala. Oleh itu perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran krisis kewangan dan sebagainya. Perancangan kewangan bukan hanya dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita, malah membantu mencapai kepuasan berbelanja. Selain itu, perancangan kewangan yang tepat membantu seseorang itu mengumpul harta dengan cara yang paling efisyen. Lantaran itu, perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. Pokoknya, perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup kita sama ada di masa hadapan ataupun penggunaan semasa.

____________________________________________________________________________
Faedah perancangan kewangan

Perancangan kewangan merupakan satu proses yang dinamik yang memerlukan pemantauan dan penilaian yang berterusan, supaya kedudukan kewangan ddapat dikawal dengan tepat. Perancangan kewangan yang tulus dan tepat dapat menjanjikan pencapaian matlamat sebagai pulangannya. Tanpa suatu perancangan yang sesuai, seseorang individu itu mungkin akan terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko seperti wang simpanan yang tidak mencukupi untuk menampung kos pendidikan, wang pendahuluan untuk pembelian rumah atau menanggung kos hidup selepas bersara. Perancangan kewangan yang baik dapat membantu bagi mencapai:-

1.    Menguruskan lain-lain perbelanjaan untuk persediaan menghadapi apa jua kemungkinan untuk berbelanja/kecemasan seperti sakit selain daripada mengharapkan perlindungan insurans.
2.    Mengurangkan bebanan cukai, kerana bayaran cukai pendapatan dapat dikurangan sekiranya anda mengunakan setiap cara/peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan pengecualian cukai.
3.    Mecapai matlamat kewangan yang mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada keluarga dan diri sendiri. Sebagai contoh, membiayai perbelanjaan Universiti anak – anak, dan melancong menunjukkan strategi pengurusan kewangan yang terancang
4.    Menanggung kos hidup persaraan. Pengurusan kewangan membolehkan kita mengekalkan cara hidup yang sama mahupun selepas bersara.  Kemungkinan besar, memulakan satu tabung simpanan untuk menampung perbelanjanaan selepas bersara adalah perlu sebagai tambahan kepada KWSP.
5.    Mengekalkan hubungan ynag lebih baik dengan mengelakkan diri daripada meminjam daripada orang lain. Perkara ini boleh mengekalkan hubungan yang lebih baik dengan keluarga, sahabat  dan rakan sekerja, kerana anda tidak perlu meminjam atau mengharapkan bantuan kewangan daripada sesiapa.
6.    Bebas daripada masalah kewangan dengan perancangan aliran kewangan dapat menjangkakan perbelanjaan yang bakal dihadapi dan akhirnya mencapai matlamat hidup.
7.    Mengambil berat terhadao orang yang disayangi. Membolehkan pengurusan dan peracangan perbelnjaan hidup bersama insane yang tersayang seperti untuk tujuan perkahwinan ataupun berbulan madu.


Friday, November 18, 2011

GAUMAN HARIMAU MUDA MASIH KENTAL

Khamis 17/11/2011, siaran TV3 mengalami perubahan mendadak setelah sekian lama tidak meyajikan perlawanan bola sepak temparan setelah sekian lama.

Semalam,, skuad Harimau Muda Negara mengaum garang menewaskan Pasukan tuan rumah Indonesia dalam merebut tempat ke peringkat separuh akhir di Temasya Sukan SEA 2011.

Pasukan Malaysia Menang dengan agreget 3 mata apabila menewaskan pihak tuan rumah dengan gol 1 - 0. Gol Tunggal dijaringkan oleh oleh Syahrul Azwani Ibrahim seawal minit ke 17 yang membolehkan pasukan Harimau Muda mendahului perlawanan dengan kelebihan 1 gol sehingga tamat perlawanan dan kemenangan memihak  kepada pasukan Harimau Muda Malaysia bimbingan Kim Swee.

Antara aksi menarik dalam perlawanan Pasukan Harimau Muda menentang Tuan Rumah Sukan SEA 2011, Indonesia

Menjadi satu kegembiraan dan kemenangan diraikan oleh para penyokong di stadium yang dipenuhi penyokong tuan rumah indonesia. Namun peminat tempatan tampak lebih teruja dengan sorakan dari rumah mahupun kedai2 mamak atau kedai makan di seluruh malaysia meraikan gol kemenangan malaysia.

Akan Datang, Pasukan Harimau Muda Malaya akan menentang Naib Juara Kumpulan B, Myanmar manakala Pasukan Tuan Rumah Indonesia akan menentang Juara Kumpulan B, Vietnam yang dijadualkan pada 19 November 2011 iaitu pada hari sabtu.

seperti yang sedia maklum, rakyat malaysia yang juga peminat bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung (LIVE) di saluran siaran rasmi Sukan SEA 2011 iaitu TV3 atapun melalui salurabn Astro Arena 801.

Dengan Itu, diseru semua rakyat Malaysia berdoa agar pasukan Harimau Muda kita tetap kekal mengekalkan kejuaraan mereka seterusnya memartabatkan lagi industri bola sepak negara.....

Thursday, November 17, 2011

REGATTA SIBUTI 2011

Assalamualaikum... 

Apa khabar dan selamat sejahtera semua....


MInggu ni adeknan nak share kan sedikit sebanyak keterujaan adeknan..
sebenarnya adeknan sedikit teruja untuk bersuka ria di karnival REGATTA SIBUTI 2011 yang sudah mula kemeriahannya terasa sejak semalam lagi....

Mercu Tanda Pekan Bekenu, Miri Sarawak, kelapa sawit terbesar di Dunia

Masih ramai yang tidak mengerti apakah itu regatta. actually regatta merupakan acara yang diraikan di kebanyakan tempat di Negeri Sarawak seperti di Sibuti, Marudi dan banyak tempat lagi, atau lebih dikenali sebagai karnival yang diraikan di Sarawak.... especially di kawasan yang mempunyai sungai-sungai yang pernah menjadi nadi penghubung penempatan penduduk Sarawak dan  kini menjadi nadi kepada Regatta itu sendiri..

Antara bentuk acara yang dijalankan adalah seperti...

1. Lumba Bot berkuasa TINGGI.
Untuk acara nih, setiap kampung ataupun setiap daerah yang berhampiran akan menghantar wakil masing-masing. untuk merebut gelaran juara. terdapat pelbagai corak dan reka bentuk yang sangat menarik bagi mengambarkan semangat dan ciri kampung atau komuniti yang diwakili akan menjanjikan keterujaan dikalangan penonton dan gunakan peserta yang hadir.

2.  Lumba Perahu.
acara ni, akalau tak silap adeknan ada 3 kategori, kategori lelaki, kategori perempuan dan kategori campuran. Setiap perahu melibatkan 8 orang pendayung yang akan  mendayung sejauh lebih kurang 500meter di dalam trek yang disediakan.

3. Lain-Lain Acara. 
  antaranya ialah, karaoke bintang sibuti, pertandingan ratu regatta pun ada, sukan rakyat dan macam-macam lagi.

Perahu Unik (kecil) dan Perahu Lumba yang digunakan untuk acara Lumba Perahu

Apa yang pasti ramai yang sudah exited nak tengok team kampung masing-masing beraksi.  tidak ketinggalan TEAM kampung Tiris juga menghantar team yang kental untuk lumba perahu.. hahahaa  bak pantun orang Kedayan....
"     "
Anik-anik daun jalayan,
Sungguhnya anik pembungkus nasi,
Walaupun anik orang kedayan,
Sungguhnya anik beranii mati.
"      "
So apa kata kita beramai-ramai pergi memeriahkan sambutan regatta sibuti 2011 pada 17 hingga 20/11/2011 di water Front esplanade Bekenu... Karnival Jualan kraff/makanan/minuman/dan banyak lagi menanti anda....

Cerita TammaT

Tuesday, November 15, 2011

Can't Wait anymore,,,, Cause now I Know What I Want!!~~

Ini Yang ada kat kepala Otak adeknan sekarang nih.

adeknan tak sabar
TAK SABAR NAK MEMULAKAN BISNES SENDIRI.....

Tapi sebelum tu, mestilah kena ada keja tetap dulu kan. almaklumlah kan... nak cari duit a.k.a Modal ni bukan senang,,,

betul?? adeknan stuju... memang boleh buat Loan gan Bank~ lagi pun belambak Bank kat Malaysia Nih.....

Bukan Tak tau cara nak pinjam~~ cuma adeknan kalau boleh nak mulakan perniagaan awal adeknan nih biar lah dengan duit adeknan sendiri dulu.....  tambahan pulak ekonomi negara ni yang semakin tak tentu hala nih...

adeknan tau/ terlalu banyank benda yang akan perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan bukan.
Tapi kalau kita takut nak mencuba terus dan terlalu berhati-hati je... sampai bila pun kita tak akan dapat mulakan perniagaan kita kan...

adeknan kadang2 geram jugak gan Orang sekeliling adeknan,,, (memang ini kot yang dirasakan bagi setiap peniaga tu dulu kan) hahahahahaa........

Tapi apa yang pasti adeknan akan terus dengan matlamat adeknan. adeknan tak mahu hanya hidup untuk meneruskan hidup semata-mata.. adeknan nak menikmati hidup dengan melakukan apa yang adeknan inginkan selama nih!....

Mungkin bukan sekarang, atau mungkin bukan pada masa yang terdekat nih, tapi adeknan akan mulakan perniagaan adeknan sebelum adeknan berumur 27 tahun. isyaallah....

p.s doakan adeknan agar success k? wslm

Wednesday, October 19, 2011

KFC vs Nasi Bungkus


diantara dua menu ni? yg mn satu jadi pilihan anda?

hahaha menarik bukan topik yang adeknan nak bincangkan ne kan??
memang tertarik kau Da BOM!!
apa yang pasti sedap hingga menjilat jari..

baiklah cuba anda semua perhatikan apakah perbezaan diantara ke-2x gambar menu tersebut,
apa yang pasti, menu KFC sudah tersedia terhidang (kita thu apa yang akan kita makan bukan?)
so bagaimana pulak dengam menu ke-2 adeknan, nasi bungkus...

Sebenarnya adeknan berasa agak sedikit janggal bila membahaskan citer nih. tapi apa-apa pun lantak lah haha


apa yang ada dengan KFC-
jawapannya...
Mestilah ada ayamnya kan. ada apa lagi selain dari ayam walaupun kat dalam gambar ne dah takda ayam (dah habis adeknan makan tak sempat nak Snap pun) wakakaka.. ayam yang sedap sehingga menjilat siku,,,, urmmm cakap je KFC semua tersentak exited kan? owh.. sape-sape tak exited tu mesti da something wrong somewhere (or adeknan ne je yang tak betul). tapi hakikatnya kalau sahaja di sebut KFC didepan member yang adeknan kenal atau mana-mana budak/kanak-kanak mesti diorang akan berasa sangat heppy.

apa sebabnye?
meh baca satu persatu
1. sebab kita sudah dididik oleh society untuk love KFC,. nyata promosi KFC kat malaysia ni yang terbaik lah. sampaikan ada kenalan adeknan yang study lama di England (xbo ckp siapa_coz P&C) x sabar-sabar nak makan KFC kat malaysia. sebab kat sini je dia boleh makan Ayam goreng KFC dengan SOS istemewa.

2. Sebab yang kedua, mestilah sebab SOS nya. ada tak sesiapa kenalan anda yang selalu kebas Sos Kfc tu bawa balik 1 or 2 botol. jgn cakap dengan adeknan korang tak pernah jumpa orang yang buat cam tu. sebab apa? sebab adeknan pernah jugak ambik sos kfc bawa balik...hahahaha /ada x reason lain yang lebih munasabah daripada ini untuk membuktikan bahawa istemewanya KFC kepada kita.

3. Sebab Yang ke-3, bila kita berdiri je dpn kaunter cashier tu tanya "Spicy or Original?" so ramailah yang jawab "Spicy".. hahaha betul x? betul kan. sedangkan kanak-kanak umur 6 tahun pun order yang spicy. tengo lah bertapa specialnya KFC sehinggakan kadang-kadang kita mintak ayam Spicy cashier tu bagi yang original>tau sebab apa sebab yang spicy dah habis so dia x tau nak buat macam mana lagi. so makan je lah apa yang tinggal kan. siapa yang jadi mangsa keadaan kita jugak kerana buat KFC riuh rendah, tak begitu??

4. Reason yang ke 4 dan yang seterusnya tak payah lah adeknan nak storykan lat sini kan. sebab adeknan pasti korang pernah makan KFC kan. tak kira tua muda semuanya sama. bukak mata pandang puas-puas...


ok story plak apa yang ada dengan nasi bungkus.

Well firstly adeknan nak korang judge dengan merujuk gambar nasi bungkus yang adeknan uploadkan ni sahaja. untuk elakkan perasaan bais a.k.a BERAT SEBELAH korang akan menyelubungi diri.
ok. antara apa yang ada pada nasi bungkus ne....

1. Ianya diselubungi misteri? persoalan apakah? berapakah? siapakah? dimanakah? bagaimana? menyelubungi fikiran kita bila kita berfikir secara mendalam (sesiapa yang tak rasa macam tu ada kemungkinan besar kena ceret beret bila makan nasi bungkus lepas ne)
kenapa adeknan cakap macam tu, ok. ianya umpama makan yang nasi bungkus tu terletak diatas meja anda dan ada nota kat tepinya tertulis untuk awak(kamu) adakah kamu akan makan terus/ menutup mata.

2. Fikiran kita selalunya menyimpulkan makan "dalam Bungkusan itu" makanan murahan (Mainan psikologi)
nape adeknan kata ini adalah mainan Psikologi? sebab sape ada belajar subjek Psikologi tu tau lah kan. so sape tak paham-paham tu gi search kat google skg ne,... seperti bak kata pepatah Don't Judge Book By Cover lor. sape tahu kat dalam tu ada KFC

so apa kesimpulanya pada kali ne...

cubalah makan ini kedua-duanya serentak. yang manakah yang anda makan dahulu? itulah jawapan kepada diri anda.
tetapi bagi adeknan bila kita makan apa jua makanan sekalipun jika bersendirian rasanya sama juga. kerana diakhir cerita anda tetap akan kenyang. tetapi kepuasannya tidak anda nikmati. itulah bezanya berteman ataupun tidak.

kerana menurut adeknan sharing is caring....

p/s sesiapa yang rasa KFC and Nasi Bungkus ne tak special mesti kerana mereka pernah merasa memori hitam dengan salah satu menu tersebut. tepuk dada tanya perut kemudian tanya hati!

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons