Popular Posts

Sunday, August 15, 2010

kecil tapi brave


beginilah agaknya tanggapan kita apabila melihat gambar ni kan? "MAk Oi tak kew mati anjing Chiwawa tu nanti!". by the chance mungkin anjing besar tu yang akan mati. mana kita tau kan. kalau-kalau anjing chiwawa tu da bawa senapang ker pistol ker....kakakakakakaka...

logik akal akan mengakatan bahawa anjing kecil tu akan mati klw dua ekor anjing ni gaduh. tp adakah anda terfikir akan peluang 0.1% menang anjing kecil tu boleh jadi kenyataan. bayangkan kalau anjing tu berkelahi. mesti juru kamera tu akan leraikannya tul x. agak-agak juruu kamera tu akan pukul anjing mana? mestilah anjing besar kan. So silap-silap hari bulan anjing besar tu mati - kena langgar kereta semasa laro lintang pukang kan? hahahah and juru kamera tu plak mungkin luka parah. kena cakar + gigit anjing kecil tu. tengok ar dia punya gigi. boleh tahan kalau setakat daging sekilo agak-agak koyak jugak daging betis juru kamera ni kan?

well well well so pikir-pikirlah consequences yang boleh berlaku. lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan penindasan dan keselamatan diri dan orang yang tersayang.

Saturday, August 7, 2010

Barak Allahu Lakuma lyrics - Maher Zain



We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure A day that brings the two of you Close together We're gathered here to celebrate A moment you'll always treasure We ask Allah to make your love Last forever Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكم
وجمع بينكما في خي

From now you'll share all your chores chores Through heart-ship to support each other Together worshipping Allah Seeking His pleasure We pray that He will fill your life With happiness and blessings And grants your kids who make your home Filled with laughter Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله بارك الله لكم ولنا الله بارك لهما الله أدم حبهما الله صلّي وسلّم على رسول الله الله تب علينا الله ارض عنا الله اهد خطانا على سنة نبينا
Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكم
وجمع بينكما في خي

Sunday, August 1, 2010

...Rahsia 4 ekor Burung...

ini adalah kisah burung yang terselit didalam kisah nabi Ibrahim. dalam kisah tersebut 4 ekor burung berbeza iaitu burung merak, ayam jantan, merpati dan burung helang. burung-burung ini dicincang dan diletakkan di 4 gunung yang berbeza dan dengan hidup semula apabila dipanggil Oleh nabi Ibrahim dengan Kekuasaan ALLAH.

sebenarnya bukan setakat itu yang ingin dikongsikan dengan pembaca semua. tetapi perkara lain dengan memberikan tumpuan kepada 4 ekor burung tersebut. apakah pengajaran daripada peristiwa itu, buku yang penulis baca memberitahu bahawa terdapat 4 pengajaran daripada peristiwa tersebut. ini kerana ia mengetengahkan pengajaran yang diberikan oleh 4 ekor burung yang berbeza sifat dan sikap terutamanya sifat keji yang ada pada burung tersebut.
Pertama sekali burung merak, ia memilikii sifat sombong dan bangga diri disebabkan kecantikkan bulunya yang berwarna warni hinggi dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. maka kita perlu menjauhi sifat sedemikian yang mampu membuatkan perasaan riak dan bongkak tertanam dalam jiwa kita. burung kedua iaitu ayam jantan yang dilihat sebagai playboy. ayam jantan yang berhadapanb dengtan kegilaannya untuk mengawan tanpa mengira masa dan tempat, dan sifat ini tidak baik untuk kesihatan...
seterusnya burung merpati yang merupakan burung yang paling digemari dikalangan masyarakat sedunia iaitu malas. tahukah anda bahawasanya burung ini adalah burung yang paling lewat mencelikan mata pada waktu pagi sedangkan burung-burung lain sudahpun sibuk mencari makanan. akhir sekali burung helang yang suka menyambar dan mencuri. termasuklah menyambar kasut dan sendal orang di masjid-masjid, meraggut dan merampas harta orang lain yang bukan haknya. \

banyak kisah dan teladan yang boleh kita pejari daripada apa jua dalam dunia. hanya bergantung kepada kita sendiri untuk menentukannya seperti mana yang dilakukan oleh socrates ataupun lebih dikenali sebagai Lukman al-hakim yang memilih untuk kematianya dengan menerima hukuman mati yang dijatuhkan kepadanya walaupun beliau tidak bersalah dan dipujuk untuk melarikan diri bersama oleh pengikutnya kerana beliau yakin kepada kebenaran dan kematiannya telah ditentukan oleh ALlAH untuk nya.

Monday, July 26, 2010

BERUK BaD Guy's

Berukk....
apabila kita menilai dan mengamati kehidupan beruk... ianya seakan-akan seperti manusia yang mempunyai kehidupannya yang tersendiri. Namun beruk tetap beruk, manusia tetap manusia. Seperti yang kita sedia maklum dari dulu lagi, Darwin sendiri mengetengahkan teori kejadia manusia adalah berasal daripada perubahan evolusi fizikal beruk. Tang tara....merepek bukan? ? ? sejak dahulu hinggalah sekarang ni teori ini tetap menjadi perdebatan kerana teori ini ternyata bertentangan dengan ajaran agama yang memberitahu bahawa manusia berasal daripada keturunan Adam yang dijadikan daripada tanah dan Hawa yang dijadikan daripada tulang rusuk Adam.
Tetapi apabila kita mengimbau kembali era kemajuan manusia masa kini? mungkin teori beruk ini boleh dinilai semula. bukan berdasarkan kejadian teori seperti yang dimaksudkan Carls Darwin tu. Tetapi simbolik kepada perbuatan sesetengah individu kota dan desa yang kian memBERUK. Sikap, perbuatan dan ketakamakkan manusia dilihat melebihi tabiat yang ada pada seekor beruk. Mungkin kerana kita mudah dikuasai dengan empat sifat hati yang kita miliki iaitu sifat buas, binatang, syaitan dan tuhan. Dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapi semasa misalnya mudah membuatkan hati menjadi marah dan ia melahirkan sifat buas seumpama buas, maki hamun, bermusuhan dan bersengketa. dan apabila hati manusia dikuasai oleh nafsu syahwat, lahirlah sifat binatang yang ada pada setiap insan. namun apa yang penting kita lebih bersatu dengan hati dan pandai mengawal emosi-kerana emosi menjadi punca kepada kebinatangan dan keBERUKkan sifat kita. bersambung.,

Friday, July 23, 2010

Llife doesn't need to be perfect, It's just has to be live

Salah seprang watak dalam drama bersiri yang dikagumi mengeluarkan dialog ini. dia berkata kepada dirinya sendiri "Life doesn't need to be perfect, It's just has to be live" . kata-kata ini amat mendalam maknanya apabila kita menghayati maksud tersebut. kehidupan ini tak semestinya sempurna, kita cuma perlu hidup.
Mungkin kata-kata ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai falsafah dalam hidup kita yang simple dan singkat. Bebaloi rasanya apabila kita mendongak kelangit dan melihat kekuasaan Allah s.w.t. Setiap kita ini dilahirkan dengan takdirnya yang tersendiri. bergantung kepada kita untuk menentukan jalan yang kita pilih. Untuk memberikan suatu input yang berharga tentang diri rasanya diri ini kurang sesuai. tetapi sekadar berkongsi Ideologi kepada semua pembaca yang ada. Mungkin kadangkala kita terfikir bahawa kita merasakan kehidupan kita terlalu rumit, banyak masalah dan sebagainya. Memandang kepada kelemahan diri bukan satu keganjilan bagi setiap makluk yang bergelar manusia ini. Manusia semuanya sama tidak terlepas daripada menilai diri dengan membandingkan dengan orang lain.
Mungkin cara terbaik dalam meneruskan kehidupan kita ini, kita perlu bersyukur kepada tuhan tentang kejadian kita, takdir kita dan ketentuan kita. Namun dalam masa yang sama jagan lupakan doa agar kita tetap berada dijalanya dan tidak terlalai dengan semua yang mengoda....

Sunday, April 18, 2010

hasrat tercipta

Hasrat tercipta tatkala memikirkan tentang kehidupan yang sering berhadapan dengan pelbagai peristiwa dan suasana yang berbeza. "Perubahan" perlukah melakukan sebarang perubahan dengan diri ini. perubahan iaitu bergerak dari sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain mungkin diperlukan oleh kita semua. Namun bentuk dan jenis perubahan itu bergantung kepada akal kita untuk menentukannya.

Sebenarnya sebarang hasrat untuk berubah bukan mudah untuk dilaksanakan. Secara peribadi diri ini pun susah untuk berubah dari suatu tahap ke satu tahap. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sukarnya untuk melakukan perubahan itu. Sebagai contoh hasrat yang dahulunya untuk berubah jadi lebih MATANG sedikit X pernah terjadi pun....hahahaha....ishk3 mungkin kerana kuasa menentang perubahan yang ada pada diri ini. Maklumlah, diri ini merupakan seorang yang agak kuat memberontak dan tidak suka ditentukan melainkan menentukan cara hidup sendiri. faktor menolak perubahan seperti kata hati yang memberontak, sikap subordinat, serta tidak cukup sumber ataupun hati dan kehendak ini tidak mempunyai persefahaman sememangnya kuat bergolak dengan hasrat dan angan-angan yang menjdai sekadar angan tu......hak3...hanya aku sahaja yang tahu rasanya....hihihihi

Namun pengalaman banyak memberikan pengajaran dan dugaan yang tidak terhinga. Pengalaman tetap menjadi pengajar utama untuk menuju kejayaan. dalam pengurusan perubahan ada menyebut "orang yang berjaya belajar daripada kesilapan dan bukannya daripada kejayaan yang dikecapinya"

Ada betulnya kata-kata ini apabila kita bertanyakan kepada diri kita bukan? kegagalan merupakan salah satu proses kehidupan dan pembesaran yang akan dialami oleh setiap manusia itu. harus diingat, kegagalan dan kekecewaan bukanya satu penamat bagi semua.
so kepada sesiapa sahaja yag ingin melakukan perubahan tu,,, fikir-fikirlah dengan mendalam terlebih dahulu "adakah perubahan itu diperlukan dan merupakan perkara yang anda betul-betul inginkan" jangan jadi seperti diri ini yang hanya main redah dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berubah kerana aku adalah aku....>>> :-)

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons