Popular Posts

Saturday, April 17, 2010

Kick Ass the movie

Monday, April 5, 2010

PANTUN BERSAMBUNG LAGI

DARI PAGI BERJUMPA DUKUN
PULANG KE LAWAS BERTANAM PADI
SEKALI LAGI SAYA BERPANTUN
BIARKAN PUAS DI DALAM HATI

tanam lengkuas di dalam peti,
mengisikan beras di dalam dulang,
memang lah puas rasa di hati,
ikutkan hati ku bawa pulang.

baik-baik ke pulau pinang,
jangan terkena si udang galahnya,
baik-baik mengikut mu pulang,
jangan terkena orang yang punya.

kalau abang pergi ke JEdAH,
kembali pulang pergi ke pulau,
kalau abang bertanya abg memadah,
dayang ini berbangsa melanau.

suka suki pergi kenyalau,
pinjam basikal orang nelayan,
adik bertiga orang melanau,
pandai ke tidak cakap kedayan.

tidak ku tahu jalan ke pekan,
naik sebelah pergi berlayar,
tidak ku tahu cakap kedayan,
mlm lh ini ku tumpang belajar.

canti si dayang pergi ke miri,
datang ke miri membeli udang,
malas ku percaya si kaum lelaki,
di luar rumah mengaku bujang.

Tuesday, March 30, 2010

hendak berpantun secara On9

bagun tido' kul 12..
lepas ni sesiapapu boleh balas ok....

saya bertangga naik kebulan,
bulan dilindung gadis bertudung,
saya bertanya pada mu tuan,
bolehkah kamu tumpang berlindung.

anak lembu minum dicawan,
meragut rumput ditegahari,
langit biru kusangka wan,
tapi rupanya si matahari.

air mencurah dari bukit,
ikan di Laut mudi ke sungai,
banyak yang mati kena penyakit,
sangguplah badan ditinggal nyawa.

buah pauh buah pidada,
adik umpama buah kelapa,
tak dapat muda,
Tua pun tidak mengapa.

banyak kuda dari ladang,
kuda yang satu tidak berkaki,
ramai sudah gadis ku pandang,
tetanya siti menawan hati.

orang arab pergi keladang,
kain batik berbaju kurung,
apa diharap pada abang,
muka tak manis hensempun kurang.

berbatu-batu jalan ke Nusah,
sebiji nanas standan pisang,
pasal itu usah disusah,
yang kuharap hanya kasih Mu abang.

sayang laksamana mati dibunuh,
Mati di bunuh datuk menteri,
cik adik menatang minyak yang penuh,
sedikit tidk tertumpah lagi.

samalah sama kita kelaut,
kita kelaut menjemur padi,
adik menyahut abg menyahut,
sama-sama menghiburkan hati.

bunga raya tumbuh di desa,
mari dipetik oleh mak dara,
kita sama semua sebangsa,
taat setia kepada negara

pecah kaca pecah gelas,,
lepas baca harap balas.....

orang puteh, orang melayu,
terima kasih, thank you.

Sunday, March 28, 2010

M.O trading...."Mesti Puas"

Hari ini mencacat sejarah apabila melihat COMMENT rakan di sebuah poster M.O LimitedTrading..yang diasakan oleh Mr.Ikhwan, RIcHarD Niel, Fauzal razak, Peja aka Abdullah, Pa'an aka Farhan, Moses aka Achung dan Azmin serta Wan Besut aka hafifi....

M.O trading telah diasaskan pada tepat jam 3.3opm 27 mac 2010 telah mendapat liputan yang paling meluas di Face Book.. Telah mencatatkan sebanyak 283 comment shingga jam 1.55 am 28 mac 2010. tidak sampai 24 jam liputan pemasaran MO trading sememangnya pantas dan berkesan.. kalau x percaya klik kat sini..http://www.facebook.com/photo.php?pid=30673763&id=1118086489

"M.O tradinG" sebuah syarikat yang menawarkan BARANG BAGUS punya...dan menjanjikan KEPUASAN kepada pelanggannya.. Sempena cuti hujung semester ini MO trading berhasrat untuk mengambil pelajar untuk berkhidmat sebagai pelatih dalam Program Latihan Industri kepada semua yang berminat..

elaun disediakan...berapa RM? boleh runding kemudian
tempat tinggal tidak diperluka.."cuma bekerja dirumah masing2 On9 jer"
Bonus disediakan....

sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami...
"anda bantu kami Kami BANTU anda"
sekian....selamat bercuti di hujung Minggu

Wednesday, March 24, 2010

pagi-pagi jamu dengan hot story hairi

tepat je 3.59am pagi tadi aku baru bangun tido'. tido' sejak dari pukul 8.45pm semalam. kerana peningnya kepala ni mengAUDITKAN akaun kewangan BROUCH en.AhMadMahmmod tu.. kira punya kira, dapatlah jualan dalam Empat angka "boleh tahan jugak kn" . Memang boleh buat duit kalau JuaL BROUCH ni, Tapi kami masih student "masih belajar" agak susah nak jual sebab harganya agak mahal. sangat mahal bagi seorang peljar iaitu sekitar RM7+.++ dan keatas.

Berbalik kepada cerita asaL....hari ini penulis Blog terkenaL dan VOUGE lah katakan tu masuk ler dalam bilik aku bawa HOT story dia tepat jam 4.15am. perkh.....pagi2 dah ada cerita HOT. Tapi best jugak dengar dia cerita tu....Meh lah ramai2 kita ramai2 baca hot story tu KLIK KAT SINI.
selamat hari KHamis....

Tuesday, March 23, 2010

My Favorite music video.

sebuah lagi daripada Gavin DegRaw,
cheated on me

Let see Where You Came From

free counters
get this
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes Powered by Blogger | DSW printable coupons